in ,

Betul Ke Zamani Kini Sedang Bercinta?

Berikutan pengakuan Zamani yang mengakui hatinya sedang dimiliki semasa di Konsert Final GEGAR VAGANZA yang lalu, ramai yang tertanya-tanya siapa kekasih Zamani? Macamana Zamani boleh bercinta dalam diam? Betul ke dah ada kekasih atau Zamani sekadar bergurau?

Semalam, semasa menjadi tetamu program MeleTOP, Nabil dan Neelofa ada bertanyakan tentang jodoh Zamani. Dia dah berpunya ke belum? Bila nak kahwin?

Memetik temubual dari Sinar Harian, Zamani mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak lebih lima tahun lalu.

Bagaimanapun, dia tidak menetapkan sebarang tarikh mahupun merancang hari bahagianya itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap rawatan sakit belakang yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.

Ujar figura berusia 47 tahun ini, doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit Skoliosis, yang mengakibatkan tulang belakang membengkok. Kebiasaannya tulang belakang pesakit penyakit ini akan membengkok kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’.

“Selepas berakhirnya Gegar Vaganza (GV), Insya-Allah saya akan teruskan karier seperti biasa. Alhamdulillah impak dari program ini juga sudah dirasai.

“Namun saya juga akan rehat seminggu dua untuk teruskan rawatan sakit belakang. Jika perlu, mungkin saya kena rehat lebih lama lagi.

“Sejak menghidapi penyakit ini, saya tidak boleh berdiri lama ketika buat persembahan dan nak tarik suara pun susah. Adakalanya memang mengganggu juga.

“Doktor pun ada cadangkan untuk menjalani pembedahan, memandangkan makin banyak tulang yang bengkok. Tapi bila diterangkan kesan iaitu saya mungkin lumpuh, jadi saya tak mahu lakukan.

“Jadi sebab itu saya mahu memberi tumpuan untuk baikkan dulu tulang belakang dan selepas itu barulah fikirkan untuk mendirikan rumah tangga,” – Zamani

Zamani mengesan penyakitnya itu sejak menyertai Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

Tambah Zamani, selain bergantung dengan ubat tahan sakit, mendapatkan rawatan dari doktor, dia juga merancang untuk menjalani rawatan alternatif iaitu akupunktur.

“Sebenarnya pihak Pengasih ada bawa saya untuk jalani rawatan alternatif menerusi akupunktur dan satu lagi rawatan tapi saya tak ingat namanya. Namun silap saya kerana tidak follow up balik kerana sibuk.

“Insya-ALLAH kita tengoklah selepas ini, mungkin saya akan cuba,”

Dalam pada itu, ditanya tentang identiti wanita yang berjaya bertakhta di hatinya, Zamani berkata, sikap wanita tersebut yang memahami dan banyak membantunya telah membuatkan dia selesa berkawan dengan wanita terbabit.

Bagaimanapun dia belum bersedia berkongsi gerangan wanita tersebut, bagi mengelakkan malu sekiranya apa yang dirancang tidak berlaku.

“Bagi saya dia seorang wanita yang baik, dia boleh terima saya seadaanya, banyak membantu saya, faham saya.

“Sekarang ini bagi saya di bahagian saya tidak ada masalah, cuma saya risau keluarga tak boleh terima.

“Tapi kalau saya ke peringkat seterusnya saya akan maklumkan pada semua. Siapa yang tak nak kahwin kan. Lebih-lebih saya yang dah berumur,”

Sama-sama kita doakan Zamani mendapat jodoh yang dapat melengkapi hidupnya dan membinbing ke jalan yang diredhai. Insyaallah. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Perkenal Kempen #Icancaremy

Status Kecewa di IG, Alyah Pura-Pura Bahagia?