in ,

Siapa Juara Konsert Final MENTOR MILENIA Malam Ini?

Jam 8.30 malam ini, Budiey dah pun berada di Konsert Final Mentor Milenia yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Malam ini bakal menyaksikan kelahiran juara sulung samada Qody, Wanie atau Fareez.

Budiey lebih meramalkan Qody akan menang juara pada malam ini memandangkan prestasi dan juga mutu persembahan Qody setiap minggu sangat konsisten. Gambar Fareez kat bawah ini hanyalah hiasan semata… hehe… yang penting Fareez sempoi semasa persembahan ini.

Untitled

Antara selebriti yang jadi juri awam pada malam ini, antaranya Adiputra, Zahirah McWilson, Ikhwan KoolFM, Liza KoolFM dan ramai lagi.

Pemenang pertama pada malam ini akan membawa pulang wang tunai RM100,000, naib juara RM50,000 dan tempat ke-3 RM20,000 berserta trofi. Pada malam ini penonton akan menyaksikan persembahan mantap semua finalis membuat dua persembahan iaitu sebuah lagu cover secara solo dan sebuah lagu lagi duet bersama mentor.

Pentas akhir dihangatkan lagi dengan persembahan mantap daripada kumpulan lagenda rock Malaysia, Search menerusi lagu medley ISI DAN KULIT dan PELESIT KOTA. Selain itu, Budiey yakin malam ini akan bertambab gamat dengan persembahan Dikir Barat daripada hos Mentor Milenia, Issey dan Marsha yang berganding dengan penaja iaitu Dato’ Seri Vida. Fareez akan menyanyikan lagu medley APOKALIPS dan AKU JUGA MANUSIA untuk persembahan solonya.

Fareez turut beraksi dengan mentornya menerusi medley DRAMA KING dan HILANG NALURI. Wanie pula akan nyanyi lagu Medley MALAM dan MERISIK KHABAR dan berduet dengan Black menerusi lagu TANYA SAMA HATI dan TIADA KATA SECANTIK BAHASA.

Qody tidak mengambil jalan mudah dan bersikap lewa, lagu HANYA NAMAMU menjadi pilihan untuk persembahan solo manakala lagu JERANGKUNG DALAM ALMARI untuk berduet dengan mentornya.

Budiey meramalkan Qody akan menang juara pada malam ini. Tempat kedua, Fareez dan Wanie akan menang tempat ketiga. Apa-apa pun, good luck kepada semua finalis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Awal ANUGERAH PILIHAN ONLINE 2016

Rahsia BOBOIBOY THE MOVIE Kutip RM2Juta 3 Hari Tayangan