in ,

Rahsia BOBOIBOY THE MOVIE Kutip RM2Juta 3 Hari Tayangan

Berita terbaru yang Budiey terima, filem BOBOIBOY THE MOVIE telah berjaya mengutip RM2juta untuk tiga hari tayangan. Tahniah buat produksi dan juga semua yang menjayakan filem BOBOIBOY THE MOVIE. Mungkin ramai yang mengambil peluang cuti hari minggu untuk menonton bersama anak-anak dan seisi keluarga. Jadi apa rahsianya? Sudah tentu ramai yang mengulas filem ini dengan ghairahnya di media sosial. Ramai antaranya telah mengatakan filem ini best.

Jadi, kepada anda pembaca yang belum lagi menonton filem ini, apa kata kita penuhkan pawagam untuk menonton filem yang menarik ini.

Kepada yang belum lagi membaca ulasan dari kami, jom lah klik SINI untuk baca ulasan dari kami ya.

Tahniah dari kami!

BOBOIBOY THE MOVIE

Sinopsis Boboiboy The Movie

Boboiboy bersama rakan-rakannya Gopal, Yaya, Ying dan Fang telah didatangi oleh sekumpulan pemburu paling handal di alam semesta. Sekumpulan tersebut dinamakan Tengkotak yang diketuai oleh Borara.

Geng Tengkotak datang ke bumi dengan satu tujuan ingin mencari Sfera Purba aka Klamkabut dengan mengambil kuasa hebat milik Klamkabut.

Pada masa yang sama, Yoyooh dari geng Tengkotak telah merampas Ochobot dari Boboiboy untuk memudahkan lagi pencarian kelamkabut dengan lebih detail yang telah bersembunyi di Bumi.

Ulasan Filem:

Budiey suka memetik antara rebiu yang ditulis oleh Budieyators di laman sosial. Dia tulis:

Di zaman dunia ochobot ada 1 kumpulan penjahat bernama BORA RA, KIKITA GAGANZA & lain-lain lagi memburu Kelamkabot utk merampas kuasa Kelamkabot yang mempunyai kuasa “Teleport” untuk kegunaan niat jahat kumpulan BORA RA.

Akhirnya kelamkabot berjaya melarikan diri di dunia dan terjadilah pertemuan di antara ochobot dan kelamkabot. Secara tidak langsung geng ‪#‎boboiboy‬ di tarik dalam permasalahan dan buruan Bora Ra sehingga ochobot mengadai nyawanya demi dunia dan boboiboy sendiri.

APAKAH KESUDAHANNYA ? ADAKAH OCHOBOT AKAN DI MATIKAN WATAKNYA ? ADAKAH BOBOIBOY MENERIMA SEMUA YG TERJADI ? ADAKAH BOBOIBOY DAN KWN2 AKAN MENERIMA KUASA BARU ?

APAKAH MORAL OF STORY DIDALAM FILEM INI ?

Yang menarik ada watak yg mengunakan suara ‪#‎FaraFauzana‬ & ‪#‎AG‬. APAKAH NAMA WATAK MEREKA ? Jom ramai2 memeriahkan & support filem animasi malaysia yang pasti menjanjikan kelainan. Filem animasi yang harus ditonton 1 keluarga. Tidak rugi Itu pasti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Konsert Final MENTOR MILENIA Malam Ini?

Perlukah Kita Melabur Semata-Mata Mahu Nampak Cantik?