in

Siapa Dalang Sebalik Rombakan AIM

Baru-baru ini, Budiey ada mendapat satu jemputan menghadiri press conference untuk Anugerah Industri Muzik untuk tahun 2008. Nampaknya, AIM tahun depan ada perubahan dalam beberapa syarat penyertaan. Bagi Budiey, ada eloknya jugak bila syarat untuk jadi calon AIM dirombak, mungkin untuk memantapkan lagi dunia hiburan kita. Tak salah nak rombak asalkan memberikan impak yang positif kepada industri, betul tak?

Tapi, selepas itu, ada khabar-khabar angin yang bertiup mengatakan, rombakan yang dilakukan oleh AIM ini mendapat ‘tunjuk ajar’ dari seorang artis yang namanya cukup gah dalam industri ini. Artis tu, tak payah la Budiey sebutkan namanya, sekadar apa yang budiey boleh katakan, dia baru pergi menyahut seruan Allah baru-baru ini. Mungkin ini sebabnya, artis ini me’release’kan albumnya, sejurus keberangkatan perginya ke tanah suci. Biasalah, kata dia… I AM LEGEND…

Eh, hari ini, Sabtu 22 Disember di Stadium Negara ada Konsert Dewa. Mmm… agak-agak penuh tak stadium tu? Dan yang pastinya Budiey pun tahu selain rombongan sekalian Baladewa, stadium tu akan dipenuhi oleh…?

[tags]dalang, rombakan, aim, budiey blog, sensasi selebriti, faiz nordin blog, cinta blog, kisah lucu blog, gelihati ujang, profile lat, kartunis, tanah suci, ulasan filem, film i am legend, mekah, filem duyung, salju, pwtc, pemenang aim18, madina, konsert dewa 19, lagu dewa, artis panas[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Skandal Salih Yaakob?

Gambar Wang Kertas RM50 Bank Negara Malaysia