in , ,

Shukri Yahaya Tak Tolak Jika Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 Ada Musim Baru

Aktor popular, Shukri Yahaya, 32, tidak menolak untuk membintangi drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku untuk musim seterusnya.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 sekali lagi mencetuskan fenomena apabila mencatat jumlah 12 juta tontonan sepanjang 33 episod yang disiarkan di stesen TV3, baru-baru ini.

Shukri berkata, dia mengharapkan jalan cerita yang diketengahkan berbeza daripada dua musim terdahulu sekiranya ada sambungan.

shukri-yahaya-2020-7-hari

“Ramai minta sambungan musim ketiga. Insya-Allah, saya tidak akan menolak sekiranya disambung, cuma jika boleh skrip dan jalan cerita biarlah berbeza, baru penonton seronok nak tengok.

“Jika jalan cerita lebih kurang sama, penonton pun tidak teruja. Saya mengharapkan skrip lebih bagus, lagi seronok kami sebagai pelakon mahu menjayakannya,”

– Shukri Yahaya

Terdahulu, beberapa drama lakonan Shukri atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Yahaya turut mencatat jumlah sama iaitu 7 Hari Mencintaiku pada 2016 dan Andainya Takdir 2 (2018).

Selain Shukri, drama arahan Jamal Khan dan terbitan SR One Sdn Bhd itu turut menampilkan pelakon, Siti Saleha, Liza Abdullah, Kazar Saisi, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Sementara itu, Shukri bakal menjayakan sebuah megadrama karya Siti Rosmizah selepas tamat dengan penggambaran drama Kelmarin Cinta yang kini sedang menjalani penggambaran.

Drama 7 HARI MENCINTAIKU

“Sekarang, saya menjalani penggambaran drama arahan Jamal Khan, kemudiannya bersambung pula megadrama karya Siti Rosmizah. Bagaimanapun, judulnya akan dikongsi nanti,”

– Shukri Yahaya

Dalam perkembangan lain, Shukri berkata, kehidupannya lebih sempurna dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Maleeq Miqayl yang baru berusia dua bulan.

“Alhamdulillah, anak saya membesar dengan sihat, manakala isteri pula baru habis berpantang. Terima kasih kepada isteri yang banyak berkorban membesarkan anak-anak ketika saya sibuk bekerja,”

– Shukri Yahaya

Selain Maleeq, Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015 dikurniakan anak perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Selepas Nenek, Bapa Daler Yusof Meninggal Dunia Akibat Covid-19