in ,

Shuib & Sarah Bakal Tunai Umrah 

Malam tadi, Siti Sarah yang membawa lagu SEMAKIN berjaya diangkat sebagai persembahan terbaik untuk minggu pertama di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33. Tahniah Siti Sarah!

Pasangan selebriti, Shuib dan Sarah bakal menunaikan umrah buat kali kedua minggu depan.

Rombongannya ke sana turut disertai penyanyi Mark Adam dan isterinya.

“Alhamdulillah, niat untuk kembali ke tanah suci termakbul minggu hadapan, insyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan,”

Isteri kepada pelawak dan ahli perniagaan perniagaan Shuib, Siti Sarah memberitahu dia bersyukur hajatnya untuk kembali ke sana termakbul.

“Saya akan berangkat ke sana bersama suami dan turut disertai sahabat kami penyanyi Mark Adam dan isterinya. Semoga semuanya dipermudahkan, Insya Allah,” katanya.

Sarah dan Shuib mengerjakan Umrah kali terakhir pada Ramadhan tahun ini. Sarah turut memohon maaf atas segala kesilapan atau apa jua khilaf mereka sekeluarga.

“Halalkan makan minum kami. Doakan agar perjalanan umrah berjalan dengan baik dan mendapat Umrah mabrur Insyaallah.”

Menurut Sarah lagi, ini merupakan umrah ketiga dan kedua buat suaminya.

Dalam perkembangan lain, malam tadi, Siti Sarah yang membawa lagu SEMAKIN berjaya diangkat sebagai persembahan terbaik untuk minggu pertama di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33. Tahniah Siti Sarah!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Farid Kamil Akan Dipanggil atas Dakwaan Cuba Dirasuah RM5 Juta

Reed Hasting Netflix CEO

Netflix Announces 8 Original Films & One Original Series From India