in , ,

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi 2 Kali Lafaz Talak, Kali Pertama via WhatsApp

Sebentar tadi merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai di antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Shukri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

HAFIDZ ROSHDI

Ketika prosiding berlangsung, Shuhada mendakwa bahawa suaminya itu pernah melafazkan talak terhadapnya sebanyak dua kali dan kali pertama adalah melalui WhatsApp pada 22 Januari.

Perkara ini dimaklumkan Shuhada dalam penyata pembelaan yang difailkan pada Isnin semalam sehari sebelum prosiding pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh Hafidz selaku defendan menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Ekoran ini, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Adul Kadir telah memohon agar mahkamah memberikan satu tarikh lain untuk pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai pada 22 Januari tersebut.

Kami baru terima semalam salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Namun pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.

– Datuk Akberdin Adul Kadir
Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Dua Kali Lafaz Talak

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu pihak kami mohon tarikh baru untuk menjawab tuntutan balas itu.”

– Datuk Akberdin Adul Kadir

Hakim Syarie, Siti Rahman Hussin bersetuju untuk menangguhkan prosiding pada 9 Mei depan.

Sebelum ini, Hafidz turut didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk pipi Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terima Qada & Qadar, Adi Putra Sahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2 

MIRA FILZAH

Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya