in

Showcase Imran Ajmain, Infinatez, Atilia di The Annexe

Kesian kat Imran Ajmain, masih lagi menumpang di rumah pengurusnya, si Aszuad. Tragedi tanah runtuh banyak memberi kesan kepada Imran Ajmain. Masa borak dengan Imran hari tu, dia kata tak dapat masuk ke rumahnya di Bukit Antarabangsa sebab jalan masih tak okay.

Ketika bertemu dengan Imran ketika Showcase Farah Asyikin di Plaza TTDI baru-baru ini, Budiey nampak badan Imran dah kurus. Khabarnya, Imran nak kurus untuk stamina ketika menyanyi dan juga tak nak nampak tembam dalam gambar.

Terbaru, Imran Ajmain akan menghiburkan peminat di A LIVE BAND SHOWCASE – PUNCA DAN PERSEMBAHAN di The Annexe, Central Market pada 21 Disember 2008 (Ahad) jam 3 petang. Selain Imran, ada Infinatez dan juga Atilia. Hanya derma RM20. Kalau nak book tempat sila hubungi 79659288.

Imran Ajmain dilahirkan pada 1981. Tahun ini, genap 27 tahun tapi nampak dia ni matang sebab badan dia tinggi dan suaranya pun mendewasakan persepsi pendengar. Imran ada menulis juga untuk majalah Junk Malaysia. Ada yang kata, Imran ni penyanyi one-hit wonder sebab lagu Seribu Tahun membuka peluangnya untuk lebih dikenali.

Oh ya, bulan ini, wajah Imran Ajmain menjadi cover untuk majalah Manja bersama dengan Wahyu Rahman. Imran Ajmain ada kasi 2 buah majalah MANJA (Singapura) untuk pembaca Sensasi Selebriti. Dan… untuk korang yang nak majalah MANJA, sila kirimkan email kepada Budiey. Sertakan nama dan alamat korang. Siapa cepat, dia dapat!

Kena slim lagi ni

Tunggu album baru!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 23

Gambar Penyanyi Dangdut Iwan dan Amelina