in

Showcase Eksklusif & Siapa Pemenang AME 2018 ?

Detik penentuan paling ‘MeleTOP’ yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Masih tinggal 3 hari lagi sebelum menjelangnya Anugerah MeleTOP Era atau AME 2018 yang kembali serba mantap untuk penganjuran edisi kelima dengan tema ‘Yang LIT, Yang LEGEND’.

Personaliti dan karya paling ‘MeleTOP’ manakah yang bakal memenangi 16 buah kategori yang dipertandingkan merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital sepanjang tahun lepas? Sama-sama kita ketahui kelak pemenangnya kelak.

ame 2018

Acara gilang gemilang ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018 secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134). Ia turut boleh diakses secara live streaming menerusi YouTube di saluran ‘MeleTOP’ serta perkhidmatan Astro Go, NJOI Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sebagai bonus, siaran langsung program istimewa ‘Showcase Eksklusif AME 2018’ turut disiarkan menerusi platfrom digital di laman Astro Go pada 8 April kelak bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang.

Bertemakan ‘Creative Black Tie, rakaman Karpet Merah & Konsert Tirai AME 2018 akan bermula jam 6.30 petang dan diikuti dengan siaran langsung AME 2018 pada jam 9.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Bahrin, Noryn Aziz Jalani Proses Sulh

Pencarian Ikon Wanita Melayu Kini Kembali!