in ,

Showcase Amir Ukays Live di Hard Rock Cafe Penang

Sebut sahaja nama AMIR UKAYS, sememangnya ia tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tempatan dan rantau ASEAN. ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’, ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’, ‘Sebak’ , ’Bila Diri Disayangi’ adalah antara lagu yang sering menjadi siulan peminat muzik tempatan.

Bagi mengubat kerinduan peminatnya, Amir akan membuat kemunculan secara LIVE di showcase ‘AMIR UKAYS LIVE @ HARD ROCK CAFE PENANG’. Showcase yang julung kali diadakan ini akan berlangsung pada 23 OGOS 2015 bertempat di Restoran HARD ROCK CAFE Pulau Pinang bermula jam 9 malam sehingga jam 11 Malam.

Dalam persembahan selama 2 jam itu, beliau akan menyampaikan 26 buah lagu hits dari album beliau semasa bersama kumpulan Analisa dan kumpulan Ukay’s. Amir akan diiringi oleh 5 orang pemuzik handalan yang menggelarkan diri mereka ‘The Cronnie’.

Harga tiket yang dikenakan adalah RM50 dan ianya boleh didapati di pintu masuk restoran HARD ROCK CAFE PULAU PINANG sebelum dan semasa hari showcase. Untuk sebarang pertanyaan lain mengenai showcase, Peminat juga boleh menelefon ke 04-8868050 atau e-mel ke [email protected].

JUMPA ANDA DI SANA!

Showcase Amir Ukays Live di Hard Rock Cafe Penang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO Lancar Koleksi MAGIC FOR ALL

CELCOM BLUE CUBE Evolves to Promote Interactive & Lifestyle-Based Connectivity