in ,

Showcase A Nite With Anuar Zain di Dewan Perdana Felda

Setelah melakar sejarahnya yang tersendiri di ‘Malam 1001 Gemilang’ pada Disember 2007 lalu, Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd sekali lagi bakal mencatat sejarahnya dengan menganjurkan satu majlis istimewa bersama artis terkenal tanahair iaitu Anuar Zain.

anuar zain

BILA DAN DI MANA?
Sempena majlis istimewa itu, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis makan malam istimewa, A Nite With… Anuar Zain. Majlis yang bertemakan Glamourous itu akan berlangsung pada 2 Mei 2008 (Jumat), pada jam 8 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

A Nite With… Anuar Zain, merupakan projek pertama kami pada tahun 2008 di mana kami telah memilih Anuar Zain kerana keistimewaannya yang tersendiri sebagai penghibur tanahair. Selain itu, kami amat menghargai artis-artis tempatan, justeru dengan adanya majlis istimewa seperti ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak kami telus dan jujur dalam memartabatkan serta menghargai artis tempatan.

LAGU ANUAR
Siapa pun tidak akan menafikan keistimewaan dan aura yang dimiliki oleh artis hebat ini, khususnya bagi peminat-peminat setia Anuar Zain yang sentiasa menyokong perjalanan seninya selama ini. Persembahan hebat yang diiringi oleh pemuzik terkenal, Mac Chew ini akan menyaksikan Anuar Zain mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung, dan sebagainya.

APA KATA PENGANJUR?
Menurut pengarah urusan Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd, Encik Karl Asmawi, majlis yang bakal diadakan ini diharapkan dapat mencapai sasaran dan objektif penganjuran dan salah satu daripada objektifnya adalah untuk mengeratkan silaturahim antara artis terbabit bersama para peminatnya. Selain itu, projek  ini bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada masyarakat khususnya peminat-peminat Anuar Zain  untuk mendalami serta menghayati nilai dan kefahaman yang terkandung di dalam  lagu-lagu yang akan disampaikan oleh artis terbabit.

Menurutnya lagi, kejayaan yang dikecapi oleh Anuar Zain seperti Anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Penyanyi Baru Terbaik dan sebagainya di beberapa anugerah dalam negara secara tidak langsung meletakkannya di kelas yang tersendiri dalam industri muzik tanahair.

Pihak kami, Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd memilih  Anuar Zain kerana beliau seorang penghibur yang istimewa. Anuar Zain mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang penghibur di samping mempunyai auranya yang tersendiri ketika berada di atas pentas selain  dapat menghiburkan tetamu di segenap lapisan usia.

NAK BELI TIKET?
Dengan harga tiket RM300, RM350, RM400 dan tiket istimewa RM650, pakej meja berharga RM3000, RM3500, RM4000 serta RM6500, penonton yang hadir pada majlis itu nanti bukan sahaja akan dihiburkan dengan persembahan artis hebat ini malah akan turut dihidangkan dengan hidangan makan malam istimewa berserta cenderahati daripada pihak penganjur. Kepada anda, peminat-peminat setia kepada penyanyi Lelaki Ini yang mengimpikan  untuk menyaksikan persembahan hebat daripadanya,  anda boleh membuat tempahan tiket dengan menghubungi pihak Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd di talian 03-77274515 (Tity, Ayu & Affi).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu Peminat Cium Anuar Zain Sebagai Strategi Marketing?

Promo: Sunday Nite Live Noryn Aziz @ Planet Hollywood 1 Jun