in , ,

Show SILUET BAND di Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Siluet Band, kumpulan yang terdiri daripada enam orang pemuzik yang berbakat besar, akan mengadakan persembahan di Hard Rock Café, KL selama dua bulan; bermula pada 1 April ini hingga 31 Mei 2007. Kumpulan yang berasal dari Makassar, South Sulawesi Indonesia ini di anggotai oleh Roy & Michael (vokal), Zul (gitar), Ago (bass), Chawi (drums) dan Anjang (keyboard). Ditubuhkan pada Jun 1993, Siluet Band merupakan di antara kumpulan live-band yang paling di kenali di Indonesia.

441873875 7Dc32E946F | 4

Penglibatan mereka yang berdiri kukuh lebih dari sepuluh tahun berjaya membuktikan kehebatan mereka.

Siluet Band memulakan karier dengan mengadakan persembahan di festival-festival muzik sama ada di universiti-universiti tempatan, mahupun kafe-kafe di sekitar Makassar.

Dari situ, mereka mula mengorak langkah lebih besar apabila mula menerima jemputan untuk membuat persembahan di pusat-pusat hiburan. Nama mereka mula menjadi sebutan dan selalu sahaja persembahan mereka di penuhi dengan para penonton.

Kebolehan mereka dalam mengadakan persembahan bertenaga, menghiburkan dan juga kebolehan berkomunikasi cukup jarang sekali mengecewakan sesiapa yang menontonnya.

Genre muzik yang di persembahkan terdiri daripada beberapa variasi, dari Latin, R&B, Dance House, Hip Hop sehinggalah ke Pop Rock dan mereka berjaya mempersembahkannya dengan cukup baik sekali. Sesungguhnya Siluet Band bukanlah calang-calang penghibur!

Hard Rock Café terkenal kerana ia menyediakan kumpulan-kumpulan pemuzik tempatan dan pemuzik asing yang handal. Sememangnya anda akan di janjikan persembahan yang hebat.

Jangan lepaskan peluang berhibur bersama Siluet Band di Hard Rock Café KL sepanjang bulan April dan Mei ini. Persembahan akan bermula pada pukul 11 malam, Isnin hingga Sabtu.

Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 603- 2715 5555.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan 2021 | 25

Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 5 – Minggu Ke-4

Pierre Andre | 26

Gambar & Rebiu Masa Pra Tonton Filem JANGAN PANDANG BELAKANG