in

Show Maman Teachers Pet di Fesyen MaudeKL

MaudeKL secara rasminya telah memperkenalkan konsep vintaj dan kini butik ini telah dibuka dan diperkenalkan kepada orang ramai di Bandar Damasnsara pada 6 Mei lalu. Seramai 100 orang tetamu jemputan telah menyaksikan 10 koleksi sulung MaudeKL bermotifkan flora dan fauna yang diharmonikan dalam gaya klasik.

Gaya dipadankan oleh rakan kongsi MaudeKL, Shaz Rusli bagi memenuhi citarasa pasaran moden hari ini bersama gabungan trend kegemaran klasik ramai sejak era 1970an.

Selain itu, ada 5 koleksi ekkslusif rekaan graduan KL Fashion Academy, Harith Jasmi menerusi Maude by Harith menutup show fesyen MaudeKL dengan koleksi berasaskan fabrik kapas berpetak. Fesyen ini boleh ditempah mengikut potongan anda menerusi temujanji.

Selepas pertunjukan fesyen MaudeKL, tetamu dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Maman Teachers Pet. Sebanyak 6 buah lagu dinyanyikan termasuklah killer song – Warisan Wanita Terakhir versi hip unplugged, Kasih Ku Pinjam Wajahmu, Selamatkan Dunia dan lagu Inggeris dari single terbaru beliau yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Persembahan Maman diserikan dengan kemunculan istimewa Saiful Apek yang berkesempatan mengiringi beliau dalam beberapa buah lagu klasik kegemaran ramai.

MaudeKL

MaudeKL

MaudeKL

MaudeKL

MaudeKL

MaudeKL

MaudeKL

MaudeKL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Indera Joned

Chef Ismail Tinjau Rumah Selebriti dalam SIAPA DI RUMAH