in

Chef Ismail Tinjau Rumah Selebriti dalam SIAPA DI RUMAH

Syukur, Alhamdulilah… minggu ini Budiey kembali aktif bekerja setelah beberapa lama menyepi kerana urusan pemindahan rumah. Bila dah lama bercuti dan tinggal di rumah yang baru, memang rasa semangat semacam tu datang. Rasa nak kerja dengan lebih keras dan lebih efisen. Maklumlah dah tinggal jauh sikit dari Kuala Lumpur, kenalah banyak merancang masa, ye tak?

Menyentuh tentang rumah ni, Budiey mendapat satu jemputan untuk ke program TV berbentuk dekorasi. Budiey sebenarnya minat juga dengan dekorasi ni sebab suka kemas rumah dan bagi Budiey kemas rumah ni antara salah satu daripada TERAPI MINDA selain melipat kain. Kalau korang tak percaya cubalah buat, kepada si suami tu, jangan duk biar isteri anda buat segala kerja rumah ya. Kita pun sebenarnya kenalah bantu, barulah ada toleransi dan sikap bertanggungjawab tu. Hehe, tu cara nak jadi suami yang mithali, kan?

Siapa Di Rumah Chef Ismail

Okay, berbalik kita kepada topik sebenar kita di mana Astro sekali lagi bekerjasama dengan syarikat pengeluar barangan elektrik, PENSONIC telah membawakan sebuah program terbaru yang meninjau rumah-rumah selebriti yang dihoskan oleh seorang chef terkenal iaitu Chef Ismail diberi nama SIAPA DI RUMAH… Bersama Chef Ismail.

Budiey melihat syarikat PENSONIC begitu banyak menyokong program yang berbentuk dekorasi ya. Kalau kita tengok sebelum ni pun, PENSONIC ada menaja program yang dihoskan oleh Anita Sarawak iaitu Perang Kuali, Astana. Eh, Budiey tertanya-tanya juga ke mana Anita Sararak menghilangkan diri ya. Dah lama jugak Budiey tak nampak. Bila lama menyorok ni, Budiey dengar macam-macam gossip tentang Kak Nita. Ish ish… tak elok korang buat spekulasi yang bukan-bukan tau.

Bagi Budiey, program Siapa Di Rumah ni lain macam sikit, tak seperti program sebelum ini ya, kerana selain mengenali lebih dekat rumah kediaman selebriti, Chef Ismail juga mengajak selebriti memasak di dapur. Menarik kan?

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA:

Kalau korang rasa program ni menarik, apa kata korang buka saluran Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 20 Mei 2012. Bila lagi nak tengok rumah selebriti, korang kan minat tengok bilik-bilik tidur artis kan? Haa, program ni kira eksklusif jugak la sebab tak banyak program TV yang menyelongkar rahsia rumah artis ni.

Artis yang terlibat ialah Jimmy Shanley, Remy Ishak, Atilia, Salamiah Hassan, Fazley Yaakub, Datuk Maria Menado dan ramai lagi. Setiap episod, ada 2 resepi iaitu satu resepi masakan dan satu lagi resepi jus minuman.

Antaranya Datuk Maria Menado masak lauk ikan, Salamiah Hassan & Atilia masak kek, Remy Ishak masak sambal kuini dan ikan keli berlada dan jus air kelapa… macam-macam lagilah.

Program berdurasi 30 minit ini ada 7 episod kesemuanya. Bermakna kalau setiap episod ada seorang selebriti, jadi 7 orang artis akan tampil. Selain berkongsi idea macamana nak hias rumah dengan kreatif dan cantik, semua selebriti ini akan memaparkan realiti gaya hidup mereka semasa berada di rumah. Tak ketinggalan ia akan memaparkan juga segmen masakan dan hidangan istimewa yang disediakan secara eksklusif oleh selebriti jemputan.

Okay, kenapa pilih Chef Ismail? Kenapa tidak pilih Chef Wan ke, atau mana-mana chef yang glam-glam kat Malaysia ni. Eh jap! Chef Ismail pun glamor okay?

Lagi pun, sesuailah dengan penaja program ni di mana Chef Ismail merupakan salah seorang dari duta produk. Kira elok dan sesuai gak tu.

Namun, menurut Pengurus Astro, Encik Raqim Ahmad, Chef Ismail dipilih bertepatan dengan konsep dan kehendak program ini. Selain beliau sebagai chef terkenal, Chef Ismail juga ada personaliti, bercitarasa tinggi, suka dengan dekorasi dan disenangi ramai. Ini memudahkan lagi beliau bermesra dan mendekati selebriti dengan lebih dekat dan berkongsi cerita dan rahsia di sebalik kehidupan seorang artis.

Ada tiga segmen dalam program ini iaitu segmen pertama, Chef Ismail akan memperkenalkan lokasi dan kediaman pengunjung. Kemudian dia akan memperkenalkan pemilik kediaman pada minggu itu sambil memulakan perbualan santai seterusnya memaparkan visual menarik konsep dan hiasan luar kediaman yang dikunjungi serta cara kehidupan mereka.

Selebriti akan berkongsi citarasa reka bentuk dan hiasan dalaman di segenap bahagian dalam kediaman mereka termasuklah bilik yang jarang sekali orang luar masuk iaitu bilik tidur.

Budiey dengar, selepas ini untuk musim kedua, Chef Ismail akan cuba menyelongkar ramai lagi selebriti ternama. Mungkin juga boleh tinjau rumah ahli sukan atau wartawan atau pun… blogger terkenal pulak ya?

Kemuncak rancangan ini ialah di segmen ketiga apabila Chef Ismail akan meninjau dekorasi dapur selebriti dan tak sah kalau tak korek rahsia menu kesukaan mereka. Pandai ke tak selebriti ni masak? Jadi, ini masanya korang boleh tahu tips-tips berguna semasa penyediaan makanan termasuklah alatan dan bahan yang sering mereka guna.

Budiey pasti banyak kenangan manis dan juga cerita-cerita menarik akan diselongkar. Maklumlah program ni kan memang untuk memberikan banyak petua dan tips menarik untuk korang yang buntu dan tak ada idea langsung untuk menghias rumah mahu pun untuk masak.

Jadi, kepada pembaca budiey.com semua, jangan lupa tonton program SIAPA DI RUMAH? setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 20 Mei ini di saluran Astro Ria.

Mariam Menado

Datuk Maria Menado

Chef Ismail

Chef Ismail

Chef Ismail

Pensonic

Pengurus Pemasaran PENSONIC

Atilia

Atilia

Atilia

Atilia

Mariam Menado

Siapa Di Rumah Chef Ismail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Show Maman Teachers Pet di Fesyen MaudeKL

Drama Antara Kita Lakonan Anne Ngasri, Aliff Aziz & Fara Fauzana