in

Astro Shaw Perkenalkan Shortcuts Bengkel Penyusunan Skrip

Astro Shaw bakal menganjurkan bengkel kedua untuk program ‘Shortcuts – Bengkel Penyusunan Skrip’ yang juga merupakan sebahagian daripada skim pembiayaan filem pendek yang telah dilaksankan oleh Shortcuts.

Bengkel penyusunan skrip ini akan bermula pada 21 Mac hingga 27 Mac bertempat di Sekeping Kong Heng, Ipoh. Tiga skrip yang terbaik berpeluang untuk memenangi sejumlah RM 40, 000 setiap seorang untuk menghasilkan filem pendek mereka, dimana filem-filem tersebut bakal dipamerkan di festival filem serantau dan juga ditayangkan di Saluran Astro A-List (Saluran 456).

woo ming jin_malaysia

Enam (6) pembikin filem harapan jalani bengkel selama 7 hari

[dropcap]B[/dropcap]engkel penyusunan skrip ini lebih mementingkan aspek-aspek penting dalam lakon layar dengan adanya perbincangan berkumpulan. Setiap peserta akan berpeluang untuk menjemput seorang penerbit pilihan mereka untuk menerokai sinergi kerja antara penulis, pengarah dan penulis kreatif melalui bimbingan para pembikin filem jemputan yang juga mentor.

Tiga pengarah terkemuka Asia Tenggara Sherad Anthony Sanchez (Filipina), John Badalu (Indonesia) dan Woo Ming Jin (Malaysia) telah mengesahkan penyertaan mereka untuk memberi bimbingan dan menjadi mentor kepada bakat-bakat muda yang kreatif ini.

Chen Yih Wen, Aw See Wee dan Nadira Ilana merupakan tiga peserta berbakat yang terpilih dan telah disenarai pendek melalui bengkel penceritaan yang telah diadakan selama 3 hari pada hujung tahun lalu. Mereka akan disertai oleh tiga peserta lain yang bakal terpilih semasa pusingan penghujahan. Mereka yang berminat untuk memantapkan lagi bakat dalam bidangan pengarahan dan merupakan seorang yang kreatif, dijemput untuk menghantar penyertaan melalui [email protected] sebelum 29 Febuari.

Najwa Abu Bakar , selaku Ketua Astro Shaw berkata, “Pihak kami berhasrat untuk menjadi medium pembikinan filem di Asia Tenggara tebaik dengan memupuk dan mengasah bakat-bakat kreatif di Malaysia dalam seni perfileman melalui ‘Shortcuts’.

Bengkel intensif yang telah dilaksanakan sebelum ini bukan sahaja dapat memberikan tumpuan kepada pelbagai perkara, malah ‘Shortcuts’ juga merupakan sebuah landasan bagi peserta untuk menimba ilmu dan mempelajari teknik-teknik daripada beberapa pembikin filem terkenal dan mentor yang telah memenangi beberapa anugerah di serantau Asia Tenggara. Penglibatan pengarah-pengarah ini adalah untuk memartabatkan dan melahirkan pengeluar filem Malaysia serta pengarah yang terbaik dan mempunyai kelas tersendiri di peringkat Asia dan global.

‘Shortcuts’ – Bengkel Penyusunan Skrip’ oleh Astro Shaw ini dianjurkan dengan kerjasama Next New Wave dan disokong oleh FINAS. ‘Shortcuts’ adalah sebuah skim pertandingan pembikinan filem pendek untuk mengasah bakat-bakat baru dalam bidang perfileman melalui beberapa bengkel bimbingan penceritaan dan pengarahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Shortcuts’, layari: www.shortcuts.my

Sanchez_philipine

John Badalu_indonesia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Cara Untuk Bebas Guna Internet di Luar Negara

Peraduan Menangi Merchandise Filem THE ANGRY BIRDS MOVIE