in , ,

Shila Amzah Umum Berhenti Main Media Sosial Selepas Dikritik Netizen

Bukan senang jadi orang yang dikenali ramai atau selebriti ni. Macam apa yang dilalui penyanyi Shila Amzah, masa dia di China ramai yang puji tapi bila buat persembahan di negara sendiri, pasti ramai yang akan mengkritik.

Bukan senang jadi orang yang dikenali ramai atau selebriti ni. Macam apa yang dilalui penyanyi Shila Amzah, masa dia di China ramai yang puji tapi bila buat persembahan di negara sendiri, pasti ramai yang akan mengkritik.

Perkongsian penyanyi Shila Amzah di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan mahu berhenti menggunakan sosial media buat sementara waktu.

Shila Amzah Umum Berhenti Main Media Sosial Selepas Dikritik Netizen

Shila memaklumkan mahu berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu kerana terlalu ramai yang toksik.

“Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu. Ia sudah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya. So, chow for now. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik,” tulisnya.

Difahamkan, perkongsian itu dibuat selepas penyanyi itu dikecam oleh netizen susulan baju yang digayakannya ketika membuat persembahan di konsert Hauboom 2023.

Pada konsert berkenaan, Shila mengenakan baju kemeja berwarna meraj jambu serta t-shirt berwarna putih di dalam. Namun netizen kurang senang apabila menampakkan bentuk perut penyanyi itu.

Ini berikutan selepas pemakaiannya ketika lakukan persembahan di konsert Hausbook mendapat kritikan pada Ahad lalu.

Ada jer benda tak kena kan. Apapun, mungkin ini satu keputusan yang baik juga buat Shila selepas apa yang berlaku. Ambil sedikit masa untuk berehat dan kembali lebih kuat nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiersa Besari Ajak Peminat ‘Galau’ Bersama di Konsert Berjalan Mundur 

Tower Fashion Eleganza 2023 Pertunjukan Fesyen Paling Tinggi di Malaysia