in ,

Shila Amzah Meriahkan AIA Generasi Malaysia Concert

Hampir sepuluh ribu rakyat Malaysia berpusu-pusu ke Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil untuk meraikan kepelbagaian budaya yang menjanjikan keunikan rakyat Malaysia di AIA Generasi Malaysia Concert. Tiga daripada artis antarabangsa paling hangat di negara ini – Gary Chaw, Shila Amzah dan Reshmonu – memaparkan kuasa muzik mereka yang unik dengan gabungan irama rock, pop, soul dan reggae untuk memberikan para penonton pengalaman yang sukar dilupakan.

Dipersembahkan oleh AIA Bhd., AIA Generasi Malaysia Concert telah mengumpulkan peminat muzik dari semua lapisan masyarakat untuk meraikan tiga artis Malaysia yang telah menaikkan profil negara kita di pesada antarabangsa.

Shila Amzah In All Her Pomp And Splendour At The Aia Generasi Malaysia Concert

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah, yang telah melancarkan konsert tersebut berkata, “Di AIA, kami benar-benar percaya bahawa muzik mempunyai kuasa untuk menghibur, memikat dan memukau. Konsert malam ini telah membuktikan bahawa kita boleh bersatu melalui kuasa muzik dan meraikan generasi yang berbangga menjadi rakyat Malaysia. Muzik sebenar seharusnya tidak akan berhenti!”

Lagu-lagu yang telah dipersembahkan terdiri daripada gabungan senarai hit setiap daripada artis tersebut dan juga versi lagu-lagu pop masa kini yang diadun dengan pengaruh muzik unik dari ketiga-tiga artis itu sendiri.

Reshmonu mempamerkan inovasi gaya fusion pop dan reggae, seterusnya membuatkan semua yang hadir menari mengikuti gabungan rentak Rude dari Magic!, I’m Yours dari Jason Mraz, Moves Like Jagger dari Maroon 5, dan lagu hitnya sendiri seperti It’s You That Matters, Hey Waley, Understand, Oh Anok Anok dan The Way it Makes You Move. Beliau juga mempersembahkan medley lagu-lagu jazz dan soul seperti I’m Lost dari Michael Buble, Thinking Out Loud dari Ed Sheeran dan Let’s Get It On dari Marvin Gaye.

Shila pula yang tidak lama lagi akan memulakan siri konsert Mandarin pertamanya, telah membuat semua teruja dengan menyampaikan dua single Mandarin iaitu Zheng Fu dan Xiang Ne De Ye, bersama-sama single hitnya Patah Seribu dan Masih Aku Cinta. Shila juga mempamerkan kuasa vokal beliau yang mantap dengan menyampaikan medley dari Beyonce dengan Halo, Love on Top dan Crazy In Love.

Kemudian tiba giliran Gary pula untuk mengkhayalkan penonton dengan persembahannya yang penuh perasaan dan juga kebolehan vokalnya yang mengagumkan. Tentunya inilah sebab mengapa beliau telah menambat hati ramai peminat di Malaysia, China, Taiwan dan Hong Kong!

Reshmonu Serenading The Crowd At The Aia Generasi Malaysia Concert

Reshmonu Taking A Selfie With The Exuberant Crowd At The Aia Generasi Malaysia Concert

Shila Amzah Belting Out Her Hits At The Aia Generasi Malaysia Concert

Crowd Favourite Gary Chaw With His Soulful Renditions At The Aia Generasi Malaysia Concert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Khas Hari Bapa HANYA SUARA Arahan Khir Rahman

Peraduan Menangi Telefon Pintar di GEMFIVE Setiap Hari