in

Peraduan Menangi Telefon Pintar di GEMFIVE Setiap Hari

Destinasi membeli-belah atas talian terbaharu Malaysia, GEMFIVE.com meraikan ketibaan pra-Raya dengan Peraduan “30 Hari GEMS”. Bermula semalam sehingga 14hb Julai 2015, menangi sebuah telefon pintar setiap hari selama 30 hari di GEMFIVE.

Bagaimana untuk menyertai? Daftar akaun di GEMFIVE, lakukan transaksi pembelian dan anda layak untuk memenangi hadiah harian. Tiada perbelanjaan minima diperlukan. Hadiah harian termasuk Huawei Honor 4C, Samsung Galaxy S6, Xiaomi Redmi 2 dan Lenovo S60. Hadiah harian akan diumumkan menerusi laman mikro http://contest.gemfive.com.my/30daysofgems

Bersempena dengan ketibaan musim perayaan, terokai gaya fesyen Raya terkini, pelbagai alatan elektronik popular dan perkakasan rumah hanya di GEMFIVE. Kongsi kemeriahan Raya anda bersama yang tersayang dengan set hadiah Marks & Spencer serta Crabtree & Evelyn, bermula serendah RM100.

Tambah menarik, pengguna boleh menyemak penjimatan hebat untuk lebih 1000 produk sehingga kini menerusi GEMdeals di GEMFIVE. Nikmati tawaran istimewa jenama terkenal seperti Ice-Watch, Universal Traveller, Gramovox, L’Occitane, Roichen, Maxwell & Williams, Anakku dan banyak lagi. GEMFIVE memudahkan pengalaman membeli-belah anda dengan pelbagai penemuan istimewa dari serata dunia.

Layari www.gemfive.com untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan “30 Hari GEMS”. Selamat membeli-belah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Meriahkan AIA Generasi Malaysia Concert

The Battle Of Top Comedians Takes Place @Midnight