in , ,

Shila Amzah Diserang Anxiety Attack, Alami Gangguan Pelik di GV9

Penyanyi Shila Amzah menjelaskan persembahannya di minggu keempat terjejas dan tidak berada di senarai lima terbaik selepas mengalami serangan anxiety ketika berada di pentas.

Shila mengesahkan dia mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anxiety selepas membuat pemeriksaan kesihatan apda Mac lalu.

“Malangnya minggu lepas saya kena serangan anxiety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen. Masalah anxiety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu,”

– Shila Amzah

Shila berkata antara penyebab dia mendapat serangan secara tiba-tiba termasuklah faktor dirinya penat serta terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan mengenai dirinya di media sosial.

“Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan.

“Setakat ini, minggu ketiga dan keempat paling teruk. mungkin juga secara tak langsung benda itu menganggu emosi saya di pentas,”

– Shila Amzah

Dalam pada itu, Shila memberitahu dia tidak menyasarkan untuk menjadi nombor satu sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik buat penonton.

“Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton,”

– Shila Amzah

Terdahulu, Shila hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri pada persembahan minggu keempat ketika membawakan lagu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fuad Rahman

Enam Kali Dihukum Sebat, Seminggu Fuad Rahmad Terpaksa Tidur Meniarap

Tony Fernandes Airasia-2020

Strategi Baharu Kumpulan AirAsia X Kini Berjaya Catat Momentum Kukuh