in

Enam Kali Dihukum Sebat, Seminggu Fuad Rahmad Terpaksa Tidur Meniarap

Sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali kerana penyalahgunaan dadah, peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan, Fuad Rahmad berkata pengalaman itu benar-benar menginsafkannya.

Fuad berkata dia terpaksa menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali akibat kesalahan tersebut dan rasa sakit sebatan itu masih dirasai sehingga ke hari ini.

“Sebatan itu betul-betul sakit, saya kena enam kali… saya rasa nak lari, tak nak patah balik. Mak saya pun tidak pernah pukul saya macam itu. Kesakitan yang dirasai benar-benar buat saya sedar dan ia cukup menginsafkan,”

– Fuad Rahman

Berkongsikan pengalaman yang cukup menginsafkannya itu, Fuad berkata dia terpaksa tidur meniarap selama seminggu kerana mengalami luka pada bahagian punggung.

Bagaimanapun, Fuad mengatakan dia bernasib baik kerana mempunyai rakan di penjara yang banyak membantu serta menyapukan ubat supaya dia cepat pulih.

“Masa itu saya terpaksa tidur meniarap selama seminggu, nasib baik ada kawan-kawan jaga dan sapukan ubat. Parut itu masih ada sedikit di bahagian punggung, Alhamdulillah ada orang jaga,”

– Fuad Rahman

Dalam pada itu, Fuad berkata dia lebih selesa untuk bersikap jujur berkongsikan mengenai kisah silamnya supaya tidak timbul spekulasi tidak benar tentang dirinya.

Malah, perkongsiannya itu juga sekaligus memberikan pengingatan pada dirinya agar tidak kembali kepada tabiat lama yang pernah memusnahkan hidupnya.

“Lebih baik saya beritahu dan jujur daripada menipu, saya tidak mahu peminat membuat andaian sendiri. Biar pihak media tahu dan saya lega dapat berkongsi perkara ini.

Alhamdulillah peminat pun boleh terima diri saya seadanya,”

– Fuad Rahman

Sebelum ini, Fuad pernah berkongsi kehadiran ibu tersayang yang melawatnya di penjara sambil bertongkat menjentik hatinya untuk berubah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HARRIS ALIF INTAN LADYANA

Bercuti Atas Kapal Persiaran Mewah, Intan Ladyana Cantik Berhijab

Shila Amzah Diserang Anxiety Attack, Alami Gangguan Pelik di GV9