in

Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10

Pertama sekali, Budiey nak ucapkan tahniah buat penyanyi berbakat besar, Shila Amzah yang telah dilantik secara rasminya semalam sebagai duta terbaru bagi produk Safi Balqis. Murah betul rezeki Shila.

Sebelum itu, ingin Budiey warwarkan, Shila yang dulunya terkenal dengan nama Shila OIAM sekarang ini mahu digelar sebagai Shila Amzah. Menurut Shila, memilih Shila Amzah sebagai nama komersialnya bukan kerana menidakkan penyertaannya dalam One In A Million, namun sampai kini beliau masih lagi ingat akan jasa pentas OIAM yang banyak merubah kehidupannya. Bagi Shila, lagi baik sekiranya beliau mengabadikan nama bapanya Amzah atau lebih dikenali dengan nama N.D Lala. Lebih afdhal atau lebih berkat kalau Shila digelar dengan nama Shila Amzah.

Berbalik pada cerita rezeki Shila Amzah yang tak putus-putus ni, mengingatkan Budiey beberapa tahun lalu, Shila pernah dilantik sebagai talents untuk produk minuman Coca Cola, kemudian tampil dalam iklan Walls Cornetto. Kemudian, dalam iklan ubat gigi Colgate yang juga sebagai talents. Kemudian awal tahun ini, Shila dilantik sebagai duta produk minuman berkhasiat Tinge. Dan semalam, secara officially, pengeluar produk Safi Balqis iaitu UNZA telah mengumumkan kepada semua Shila Amzah sebagai duta terbaru untuk produk Safi Balqis yang dinaiktarafkan iaitu Perfect 10. Mengikut kontrak, Shila Amzah diikat untuk mempromosikan produk ini selama 2 tahun.

Shila Amzah

Bagi Shila sendiri, jumlah bayaran untuk menjadi duta produk ini adalah sangat banyak bagi beliau yang masih remaja. Beliau merasa sangat terharu dan terkejut dengan kepercayaan yang diberikan.

Ironinya, bila Shila sendiri mengakui bahawa selama 10 tahun berada dalam industri dan di tahun ke-10 ini, beliau dipilih untuk menjadi duta Safi Balqis yang juga menyambut ulangtahun ke-10.

Dilantik menjadi duta produk di usia muda tidaklah menjadi satu masalah bagi Shila. Menyangkal bahawa Shila akan menjadi lebih matang dari usia, sebenarnya produk Safi Balqis ini digunakan juga oleh semua remaja dan sesuai untuk semua usia.

Penyanyi yang kini sedang mencari material untuk album terbarunya ini masih belum memikirkan untuk berumahtangga kerana beliau masih belum menemui lelaki yang matang dan dapat memahami jiwa dan kariernya. Namun, beliau tak menolak yang kini sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak, Zikri yang masih berusia 19 tahun. Zikri dilihat sebagai kawan baik dan selain Zikri, Shila juga rapat dengan kawannya Bella. Shila juga merasa trauma dengan cerita-cerita teman artis yang bercinta sesama artis kemudian putus di tengah jalan.

Akan tampil juga dengan album kolaborasi bersama dua bintang ternama iaitu Jaclyn Victor dan NIng Baizura dalam album 3 suara yang bergenre pop 80an dan Shila juga akan sibuk dengan roadtour Safi Balqis menjadikan jadual kalendar begitu penuh dengan aktiviti seninya.

Tahniah Shila… Good luck!

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10

AirAsia Celebrates an AllStar Wedding!