in ,

Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10

SAFI BALQIS: PERFECT 10
10 manfaat kecantikan untuk kulit cerah sempurna, sekata dan memukau

Pada jam 2 petang tadi, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Produk SAFI BALQIS: PERFECT 10 di Restoran Ishq, Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Di sidang media yang dianjurkan oleh Kumpulan Produk UNZA itu juga telah mengumumkan duta terbaru produk Safi Balqis iaitu Shila Amzah. Tahniah Shila!

Kulit yang cerah dan sekata adalah umpama kanvas putih yang menjadi lambang keperibadian dan keyakinan setiap wanita. Justeru itu penjagaan wajah dengan pengunaan produk serta rejim kecantikan yang betul adalah kunci kepada tona kulit yang lebih cerah dan sekata.

Shila Amzah

Apakah rumusan atau formulasi yang harus diambil oleh para wanita dalam memastikan kulit tidak kusam dan sekata tanpa merosakkan strukturnya? Apakah antara produk yang harus digunakan untuk memperolehinya?

Memahami kehendak wanita kini, SAFI BALQIS hadir dengan formulasi Perfect 10 dengan 10 manfaat untuk kulit halus, mulus dan cerah sempurna dalam masa 2 minggu! Dirumus dengan teknologi Nano yang mampu mencerah dan menganjalkan kulit, ianya 1000 kali lebih kecil dari partikel mikro untuk serapan yang lebih cepat dan efektif.

Formulasi Nano Biowhite melambatkan proses pigmentasi,mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah dan bermaya. Rumusan Nano Q10 mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit tak bermaya dan bertindak sebagai antioksidan yang menyegarkan kulit dengan mempertingkatkan metabolisma sel sekaligus menjadikan ia lebih elastik, tegang dan sihat.

“SAFI BALQIS – Perfect 1O menampilkan reka bentuk serta fomulasi baru hasil kajian dan kesungguhan kami untuk terus selari dengan kehendak semasa para pengguna. Rangkaian produk SAFI BALQIS mendapat status Halal dari JAKIM dan amat bersesuaian untuk semua wanita muslim yang inginkan kulit lebih cerah dan bermaya tanpa perlu mengkompromikan nilai-nilai agama mereka” jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk UNZA (M) Sdn Bhd.

Kemunculan SAFI BALQIS – PERFECT 10 dilengkapkan dengan kehadiran “wajah” baru mereka, penyanyi muda berbakat besar Shila Amzah. Karisma, keazaman dan dedikasi beliau di dalam bidang seni adalah faktor utama mengapa beliau dilantik menjadi duta SAFI BALQIS – PERFECT 10.

Kualiti yang dimiliki oleh Shila menjadi inspirasi kepada para gadis untuk memiliki bukan sahaja kulit yang cerah dan bermaya tetapi turut menjadi indvidu yang mempunyai keperibadian diri yang tinggi. Sejajar dengan pelancaran SAFI BALQIS PERFECT 10 – Jangan lepaskan peluang beramah mesra bersama Shila serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah dirangka untuk para pengguna setia SAFI BALQIS di lokasi promosi SAFI BALQIS PERFECT 10.

10 Manfaat Produk SAFI BALQIS PERFECT 10:

  1. Memudarkan pigmentasi
  2. Menyamaratakan tona kulit
  3. Melindungi dari sinar UV
  4. Mencerahkan kulit
  5. Melindungi dari radikal bebas
  6. Meningkatkan keelastikan kulit
  7. Menghidratkan kulit
  8. Mengekalkan lembapan
  9. Menghaluskan kulit
  10. Melembutkan kulit

Shila Amzah

10 rangkaian produk SAFI BALQIS PERFECT 10:
1) Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit yang kusam serta tona yang tidak sekata membuat wajah kelihatan tidak bermaya. Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit.

2) Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. Pembersih Wajah Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca wajah mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.

3) Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 (100 g – RM11.40)
Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kini Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran di samping mencerahkan kulit.

4) Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 (100 ml – RM8.20)
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 tanpa alkohol dan tidak melekit mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah.

5) Serum SAFI BALQIS Perfect 10 (20 ml – RM25.90)
Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI BALQIS Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. Belailah kulit anda dengan penjagaan yang intensif.

6) Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca kulit gelap. Kini Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 mengandungi perlindungan UV ekstra, bertindak melindungi kulit dengan lebih efektif.

7) Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Waktu malam kulit kita paling reseptif untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Kini Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 membantu proses pencerahan sel-sel kulit dengan lebih intensif.

8) Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 (15 g – RM12.90)
Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV. Kini Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.

9) Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 (16 g – RM7.90)
Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan. Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil bertindak sebagai asas solekan di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.

Nantikan kemunculan produk ke – 10 Safi Balqis Perfect 10! Rangkaian produk SAFI BALQIS Perfect 10 ini boleh didapati di semua pasaraya, hipermarket, farmasi serta kedai-kedai berdekatan anda!

26 Comments

Leave a Reply
  1. nak tanya produk safi balqis nie ada pengelupasan x? sebelum nie saya ada pakai produk pengelupasan jadi teruk kulit. kalau safi balqis perfect 10 ni xda pengelupasan saya nak cuba

  2. salam.. sy d abeli produk safi balqis ni..
    tp keliru
    cara pemakaian safi balqis ni.
    antara safiq balqis krim kecntikan n krim pelembap.
    mane 1 nak pakai dlu ea?

  3. salam…
    saya dah pakai safi balqis 8 tahun.sejak dari sekolah lagi.sepanjang tu,dah 3x safi balqis di upgrade.masa tahun 2005/2006 punya adalah yg terbaik.dalam tu ada licorice extract.bila jerawat nak tumbuh,pakai pencuci muka malam tu,esoknya dah tak jadi tumbuh.lepas upgrade jadi safi balqis Q10,licorice extract dah digantikan dgn yg lain. tapi malangnya lebih teruk.jerawat mudah tumbuh, dan tak lagi prevent pertumbuhan jerawat macam dulu.masa tu puas saya cari safibaqis yg lama di kedai-kedai.tapi akhirnya akan tetap takde keluar produk yg lama lagi kan.tp saya gunakan jugak.baru2 ni saya pakai pula yg paling baru,which is contained nano Q10.saya try yg tube biru.(for oily skin). malangnya, wajah saya yg dulu hanya ada jerawat satu dua semasa datang bulan tumbuh jerawat satu persatu di kedua pipi,dagu dan dahi. sangat teruk.sekarang saya dah stop guna.saya amat berharap bila safi upgrade brand,tolong jgn hapuskan apa yg dah existed.BOLEH KELUARKAN PRODUK BARU,TAPI JANGAN HAPUSKAN YG LAMA.SALAH TU.SEBAB ADA PENGGUNA YANG MEMANG DAH SERASI DGN PRODUK LAMA.BILA SESUKAHATI ANDA UPGRADE,SUSAH KULIT MUKA KAMI NAK SERASI DENGAN YG BARU.
    SAYA AMAT BERHARAP SAFI DAPAT KELUARKAN SEMULA SATU PRODUK SAFI BALQIS YANG MENGANDUNGI EKSTRAK LIKORIS SEPERTI DAHULU.
    TERIMA KASIH.

  4. salam…saya pengguna setia produk safi balqis UV WHITE PLUSQ10..adakah dengan kemunculan produk safi baru PERFECT 10 akan menyebabkan pihak anda memberhentikan keluaran produk yang lama??..
    saya berharap pihak anda tidak memberhentikan keluaran produk safi UV WHITE PLUSQ10. terima kasih..

  5. sblum ni sye ad gne krim safi uvwhite plus Q10..mke sye yg glap tros crah..gmbire sngguh..tpi mke sye ad tmbuh jrwt n sye gne la pncuci safi yg ad gmat 2..ingtkan bleh baik..tpi mkin trok plak..tros stop gne.tpi skng ni ble dgr safi perfect 10 ni bgus sye pn cbe..alhamdulillah mke sye da ok smule!!thanks!

  6. sy penggune produk safi balqis perfect 10….stakat nie, sy berpuas ati ngn produk nie…sy bearap safi akn meneruskan mengeluarkn produk yg bermutu & berkualiti serta halal dengan harge yg berpatutan….
    =)

  7. kenapa sejax pakai safi perfect10 kulit sy jadi kasar n kering ye . sbnr nya cara pakai yg betul mcm mana . sebab cara sy pakai . mula2 sy akan pakai toner pastu sy pakai krim kecantikan perfect10 yg penutup biru tu pas2 sy sapu dengan krimp pelembap perfect10 plak . tapi sejax pakai perfect10 kult jadi kasar la . tak puas aty mcm ni

  8. patut la kulit eyqa nmpk kering,cara pemakaianye tak betul.first cuci muke n then toner last skali pkai plembab dlu bru pkai krim.

  9. i nak tnya..i baru nak try pakai produk safi balqis cz recomended dr kawan i..tp xfaham la..i dah beli semua produk safi yg blue colour tp step die i xtau..yg confuse nya..if refer to instruction nya..krim kecantikan pkai dulu sebelum krim pelembab..i xpaham la..btol ker?bole x bg i step2 nya..tq

  10. and lg satu..i dah try dua-dua cara which i pkai krim kecantikan dulu baru i pkai krim pelembab..n i try jugak pkai pelembab dulu baru pkai krim kecantikan tapi kan bila i apply kat muka die jd mcm terkupas balik ape yg i pkai..tu yg i xpaham tu..plz2 tlg i..cz apa yg i dgr safi mmg bagus..

  11. sbenarnye safi nie mmg bgus..rmai yg ckap cmtu..
    but npe ble myza gne xde ape prubahan pum ek??tadop prubahan lgsg pum..
    or myza slh cara pakai ke..hope dpt mmbntu myza cri jwpn..
    macehh!!..=)

  12. Alhamdulillah, sy sgt b’puas hati selepas menggunakn produk ini.
    dulu kulit muka sy gelap dan b’jerawat.
    mcm2 produk yg digunakan tp tak juga b’hasil.
    slps mnggunakn produk ini, hnya dlm masa seminggu da nmpk perubahan pd kulit muka.
    kulit makin cerah, jerawat dah b’kurang, parut jerawat pon da pudar.
    srnok sgtt. hehe
    yg penting HALAL. itu yg lebih meyakinkn sy. selamat digunakan.

    ini adalah step yg sy amalkn :
    1) pencuci muka SAFI BALQIS PERFECT 10.

    2) penyegar SAFI BALQIS PERFECT 10. (sy tk guna kapas spt yg ada dlm arahan. sy tuang sdkit pd tpak tgn yg bersih dan tekap2 pd muka. mcm SKII.)*p/s:sstgh kulit snsitif pd kpas. mula2 sy gunakan kps. leps tu kulit tak ade prubhn. leps sy guna cara ni bru ade prubhn pd kulit.^^

    3)pelembab siang/mlm SAFI BALQIS PERFECT 10.

    4)krim kecantikan SAFI BALQIS PERFECT 10.(Jgn sapu menghala keatas.nnti pori2 kulit t’sumbt n akn naik jerawat.)*p/s : skali skala klau dduk rumah sy ta kerap pkai krim kecantikn. tak nak bg muka oily n pori2 t’sumbat.

    *krim kecantikn klau pkai krim kecantikn SAFI lidah buaya tutup hijau pon ok jugak. cuma tak ade pelindung UV. tp bagus utk pudarkan kesan jerawat.

    *2-3 kali seminggu gunalah Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10. utk hilngkn kulit2 mati. sy da cube mmg bagus. cubalah. jz follow arahan dy mcm mne nak pkai. =)) tp jgn guna slalu ye. nnti kulit jd npis n cept jd sunburn.

    – skrg da masok sebulan sy gunakan produk SAFI BALQIS PERFECT 10 ni. dan hasilnya..wow!! hehe Alhamdulillah. sgt b’puas hati. kulit muka yg sy idam2kn t’capai juga. InsyaAllah, sy akn mnjdi pngguna setia produk ini.

    GOOD LUCK TO ALL OF U!! =))

  13. saya dari indonesia, mau beli produk safi balqis dimana dan harga paketnya berapa.kalau pesan langsung bisa da?berikan no.hp yang bisa dihubungi

  14. slm sume…sy bru jek bli set produk safi balqis perfect10 ni smlm…except 4 the scrub n kontur mata 2 la…hopefully jd la…ok la price die ngn size product…sesetengah produk 2 hrga mhl tp size kcik je…nk bli pn reluctant kn…ooppss…rajin2 visitla blog sy erk…http://www.wanieyka.com

    p/s: 1 tip menarik utk dptkan kulit wajah yg licin…ambil serbuk teh yg telah digunakan, gosok pd muka, n cuci…gerenti jd.

  15. as’kum,,

    saya baru jer try safi balqis perfect 10 ni,yg kawalan minyak warna biru punye.lepas saya cuci muka,saya pakai la toner safi balqis perfect 10 tu jugak..dah 3 ari dah saya pakai. tp,muka saya rasa pedih la sikit2 and jerawat pun mcm nak tumbuh jer sikit2,tp xda plak kesan merah2..tu yg saya keliru tu..adakah di sebabkan muka saya xsesuai untuk produk tersebut atau cuaca sekarang ni.sbb kt tmpt saya,cuaca mmg panas sikit.
    tp muka saya rasa pedih2 gak..
    macam mana eh? or nak tunggu n try sampai seminggu dulu?
    or saya pakai produk muka yg lama,safi rania gold?^^

  16. 1st time pakai 5 tahun lalu..time tu jerawat teruk sgt.lepas 3 bulan jerawat dh hilang, muka jd berseri-seri…kwn2 keja pun tnya ape rahsia,hehe…just say safi balqis..tp skrg produk dh tukar perfect 10..muka sy jd tak berseri-seri lg..nampk gelap n jrwat pun susah nk hilang..safi balqis uv white x2 plusQ10 sgt bagus tp produk tu dh xde..

  17. Safi balqis aman kan di gunakan untuk wanita hamil ???dan kalo sdetelah pakai pelembah safi balqis tanpa pakai krim kecantikan bolehkah pakai bedak mohon infoya say

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

In Memory of The Highland Towers Disaster

Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10