in , ,

Shiha Zikir & Hyunmin-A Pukau Remaja Di MAHA 2016

Mungkin ramai tidak tahu, tapi inilah hakikatnya yang berlaku pada anjuran MAHA 2016 pada 1 hingga 11 Disember lalu. Dua penyanyi yang sedang mencipta nama di luar negara iaitu Shiha Zikir dan Hyunmin-A masing-masing di Indonesia dan Korea Selatan telah berjaya memukau lebih 3,000 remaja pada program NAFAS AGRO YOUTH CAMP 2016.

Bersempena program perkhemahan ini, sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan AGRO yang diberi nama VOICE OF YOUTH NIGHT (VOY) berjaya memancing ramai anak muda untuk menyertai.

Lebih menarik lagi, program ini bukanlah sekadar program nyanyian semata-mata, ia ada program berunsurkan pendidikan AGRO yang mewajibkan peserta menyanyikan lagu dengan gubahan lirik yang mengandungi AGRO.

Shiha Zikir & Hyunmin-A Pukau Remaja Di MAHA 2016

Program ini diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada malam 2 Disember dan malam malam 6 Disember lalu. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut turun padang menyaksikan kehangatan malam tersebut.

Shiha yang dijemput sebagai juri serta artis untuk malam 2 Disember ternyata terkejut dan gembira program seumpama ini dianjurkan pihak Kementerian Pertanian & Indusrtri Asas Tani (MOA) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Dewan Perniagaan Usahawan Agro Malaysia (DPUAM).

Shiha berkata, program ini sangat meriah dan santai serta menghiburkan dirinya serta pengunjung dan peserta program.

“Generasi muda pun dapat mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menguji kreativiti masing-masing. Shiha berharap mudah-mudahan VOY dapat diadakan tiap-tiap tahun.

“Dengan adanya VOY, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara belia yang datang dari berlainan tempat serta dapat isi waktu lapang dengan aktiviti yang sangat menarik.

“Shiha mahu program ini bukan saja diteruskan lagi, siapa tahu ia boleh dijadikan sebagai program TV bersiri. VOY semestinya lain dari yang lain,” kata Shiha dengan penuh teruja.

Menyokong apa yang dijelaskan Shiha, Hyunmin-A yang diberi peluang menyertai VOY pada kedua-dua sesi ini ternyata akan merindui kemeriahan program ini tatkala dia pulang ke Korea Selatan nanti.

“Saya sangat sokong program sebegini, ia bukan saja menghiburkan malah secara tidak langsung mencelik minda anak muda mendalami bidang Agro yang mencerminkan makanan kita masa depan kita.

“Mungkin, kalau diberi peluang sekali lagi memeriahkan VOY, saya mahu ia bukan saja disertai anak muda tempatan tetapi turut disertai anak muda dari Korea Selatan.

“Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan kami artis-artis menyertai program meriah seumpama ini. Saya juga menyokong 100% program ini dijadikan program TV dan mungkin ia boleh menjadi viral seluruh dunia,” ujar Hyunmin-A.

Selain mereka berdua, VOY turut diserikan lagi dengan kedatangan Asfan Shah pada sesi pertama. Manakala Aliff Aziz, Bella Nazari dan Didi Astillah menyertai sesi kedua.

Menariknya, juara untuk kedua-dua program ini telah mendendangkan semula lagu Jannam Jannam dari filem Diwale. Juara sesi pertama telah mengubahnya menjadi Jambu Jambu manakala juara sesi kedua mengolahnya menjadi Ayam Ayam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. hanya yg berada disana lebih mengetahui asam garam,timun,kobis,pelam,limau,joget,sosial,aklak runtuh keharmonian anak muda jauh terpancar,moga akan datang anjuran jauh lebih ilmiah diterapkan kepada anak muda yg akan bangun kuat berpegan pada Agama,Bangsa,Tanah Air.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hotel Review LeTouessrok Resort & Spa Mauritius di Tepi Pantai Shangri-La

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem WHY HIM