in

Hotel Review LeTouessrok Resort & Spa Mauritius di Tepi Pantai Shangri-La

Kalau berbicara tentang pantai dan pulau terindah, Asia Tenggara pasti tersenarai dalam pilihan para pelancong asing. Di antara negara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di Asia Tenggara sudah tentulah Thailand, Indonesia, dan juga Malaysia yang memang terkenal dengan pantai-pantainya. Namun kadangkala kita tidak sedar atau lupa bahawa di luar Asia Tenggara ada banyak pulau-pulau yang cantik. Dan salah satu negara yang mempunyai pulau tercantik adalah Mauritius. Ia terletak tidak berapa jauh dari benua besar Afrika dan merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di dunia.

Dan sekiranya tercari-cari tempat terbaik dan mewah untuk menginap, pastikan Shangri-La, Le Touessrok Resort & Spa menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik! Terletak di kawasan Trou d’Eau Douce Bay, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana berada berdekatan dengan salah sebuah pulau kecil yang sering menjadi tumpuan pelancong ke Mauritius iaitu Ile Aux Cerfs.

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

Hotel Review LeTouessrok Resort & Spa Mauritius di Tepi Pantai Shangri-La

Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, serta suite dan villa-villa persendirian para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Le Bazar yang menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian India di Safran atau hidangan Jepun di Kushi.

Ada juga tempat makan tepi pantai iaitu Republik Beach Club & Grill manakala untuk bersantai pula ada Ti Marche dan juga Sega Bar buat yang mahu menari dan berhibur. Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium ataupun mencuba sukan air yang ada tersedia (seperti jetski, menyelam, sukan kanu dan macam-macam lagi).Terdapat juga gelanggang tennis, serta laluan khas bagi mereka yang suka berlari serta bersenam. Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di T-Club di mana tersedia banyak aktiviti buat kanak-kanak dan juga Teens Club buat para remaja.

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik dan disulami ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

LeTouessrok Resort & Spa Mauritius

Kemewahan di tepi pantai Shangri-La, LeTouessrok Resort & Spa Mauritius.
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Dina Morgabine di Pulau Reunion

Shiha Zikir & Hyunmin-A Pukau Remaja Di MAHA 2016