in

Shiha Mentor Jadi Tetamu Jemputan Program Piala Dunia Sambaria

Aidil Aziz dan Shiha Sembang Piala Dunia Dalam Sambaria Hujung Minggu Ini di RTM. Demam Piala Dunia yang sedang berlangsung menyaksikan sebahagian besar saluran TV di Malaysia menayangkan program-program khas menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan penonton.

Situasi sama turut dikongsi RTM dengan menyiarkan program bual bicara ‘Sambaria’ terbitan Unit Sukan TV RTM yang masuk episod ketiga dan keempat siarannya hujung minggu ini. Menariknya kali ini lintas langsung luar Sambaria memilih lokasi di Pulau Pinang setelah Johor Bahru pada episod sebelumnya bagi berkongsi kehangatan sambutan Piala Dunia dengan masyarakat setempat di sana pula.

Menurut penerbit Sambaria, Mohd Fauzi Mohd Marzauki, lintas langsung Sambaria bagi rakaman reaksi penonton perlawanan Uruguay menentang England akan diadakan di De Pauh Garden, Seberang Perai (20 Jun 2014). Manakala bagi penyokong perlawanan antara Switzerland menentang Perancis (21 Jun 2014) pula, orang ramai boleh berkumpul bersama untuk menyaksikan perlawanan tersebut di Route 69 Café, Bukit Mertajam dan menampilkan pengacara di lokasi Hezry Hashim.

“Ini merupakan kali kedua pihak kru akan ke dua tempat lokasi tersebut. Sebelum ini, kami pernah ke sana untuk merakamkan lintas langsung Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010. Sambutan dan kemeriahan yang diterima daripada penonton amat memberangsangkan dan diluar jangkaan. Justeru tahun ini, kami akan ke sana untuk berkongsi kemeriahan tersebut sekali lagi,” jelas Mohd Fauzi ketika ditanya mengenai pemilihan lokasi lintas langsung di Pulau Pinang tersebut.

Seperti yang di janjikan, ramai artis dan personaliti undangan hadir bagi memeriahkan Piala Dunia menerusi program Sambaria. Minggu ini pengacara Sambaria, Azlan Mubin dan Azrul Zaidi akan bersama-sama dengan empat artis iaitu pelakon Aidil Aziz dan Shiha pada hari Sabtu dan keesokkan harinya Rony Hyper Act dan Alif Satar untuk episod 4.

Bertempat di studio ruang legar Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang disiarkan secara langsung di TV2, ia pastinya menjanjikan suasana yang gamat dan meriah bila empat artis ini bakal berkongsi pasukan pilihan masing-masing. Sambaria telah berjaya membongkar siapakah pasukan Piala Dunia pilihan artis Mark Adam dan Steffi Kaur (pemain futsal wanita) yang ‘menghidupkan’ suasana di studio minggu lalu,

“Setakat ini, saya begitu berpuas hati dengan semua artis dan tetamu khas yang di jemput bersama program Sambaria. Seperti Black, RJ, Aweera dan Kristal, mereka memang begitu meminati bola. Berbeza pula dengan Mark Adam di mana beliau langsung tidak menggemari bola sepak, namun telatah beliau bersembang mengenai bola sangat menghiburkan. Saya berharap agar konsep bual bicara secara santai dalam Sambaria akan tercapai,” ujar Mohd Fauzi lagi tentang harapannya terhadap program terbitannya ini.

Peluang memenangi hadiah menarik juga menanti penonton yang menyertai kuiz Mingguan Sambaria pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di mana dua orang pemenang akan dipilih bagi setiap episod.

Rancangan Sambaria disiarkan setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 12.00 tengah malam di TV2.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Live Streaming TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION Premiere

Ngu Yi Qi Wakili Malaysia Di The Voice Of China Musim 3