in , ,

Shidee Kemalangan Nak Pergi Surau, Tak Ingat Kena Apa, Sedar-Sedar Dalam Ambulans

Menurut laporan, Shidee, 62 tahun, atau nama sebenar Rashid Abdul Wahab sedang menuju ke surau berdekatan kawasan rumahnya untuk menunaikan solat Asar. Dia yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia tidak ingat samada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain ketika kejadian.

Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans. Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini. Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM).

Shidee Kemalangan

Tambah pelantun lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah malam tadi, namun berada dalam keadaan yang lemah, dan ingin melihat perkembangan dirinya lebih lanjut sebelum kembali bertemu doktor.

Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing. Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah dan ini merisaukan saya.

Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okey tiada luka dalaman. Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini.

Terdahulu, berita kemalangan Shidee dimaklumkan oleh pengurus Azan Scan, Fuad Misbah kepada Harian Metro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal | 19

Kejutan! Iqbal Diumum Peserta Ke-12 Big Stage 2022, Terima Pelbagai Komen Penonton

Portal Featured 2 | 20

Di Era ‘Struggle’ Pandemik, Nurraysa Bantu 182,000 Usahawan Dari Rumah