in , ,

Kejutan! Iqbal Diumum Peserta Ke-12 Big Stage 2022, Terima Pelbagai Komen Penonton

Teka teki siapakah peserta ke-12 Big Stage 2022 akhirnya terjawab apabila nama selebriti media sosial kontroversi Iqbal Zulkefli diumumkan sebentar tadi.

Teka-teki mengenai peserta ke-12 Big Stage 2022 terjawab apabila usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli diumumkan akan bersaing dengan peserta-peserta program realiti televisyen itu. Iqbal menyanyikan lagu Bila Bulan Berbicara nyanyian asal Broery Marantika.

Ajai memberikan Iqbal sebanyak 5 markah selepas persembahan. Jika Iqbal datang uji bakat sudah tentu tidak dapat.

IQBAL

Sebelum ini, poster teaser siapakah peserta ke-12 telah dikongsikan oleh Gempak dan antara nama-nama yang disebut mengisi kekosongan tersebut adalah seperti Iman Troye, Masya Masyitah dan Daniesh Suffian. Iqbal mula dikenali selepas kontroversinya bercinta dengan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida mendapat liputan meluas.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan, Ahmad Iqbal berjaya membuktikan kemampuan dirinya dalam bidang muzik apabila pernah memperolehi 2.1 juta tontonan di platform YouTube menerusi single berjudul HUJAN.

Jumlah tontonan video pemuda berusia 28 tahun itu sekali gus melayakkannya untuk menyertai Big Stage yang menggariskan beberapa syarat, antaranya memerlukan setiap peserta mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 tontonan di mana-mana platform media sosial.

Selain Ahmad Iqbal, Big Stage 2022 turut menampilkan 11 peserta hebat antaranya Aisyah Retno, Lia Aziz, Tegar, Ajoi Zainal dan Tuah Adzmi, masing-masing akan merebut gelaran juara untuk edisi kali ini.

Juara ‘Big Stage 2022’ akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu setiap Ahad, 9 malam bermula malam ini, 6 Februari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Anak Muda Viral di Sosial Media Taruhkan Single ‘OY’

SHIDEE

Shidee Kemalangan Nak Pergi Surau, Tak Ingat Kena Apa, Sedar-Sedar Dalam Ambulans