in , ,

Shelhiel Tampil Dengan Muzik Video RUNNIN, MERINDU Featuring Airliftz & NYK

Shelhiel menampilkan sebuah Muzik Video berjudul “Runnin, Merindu” (Ft. Airliftz dan NYK) yang merupakan lagu penutup album “SUPERSTROBE”.

Runnin, Merindu Ft. Airliftz dan NYK merupakan lagu dwibahasa pertama Shelheil sejak debut beliau pada 2019. Lagu tersebut telah menjadi pilihan Shelhiel sebagai lagu ke-6 iaitu lagu penutup di dalam 2020 EP, “SUPERSTROBE”.

Shelhiel Tampil Dengan Muzik Video RUNNIN, MERINDU Featuring Airliftz & NYK

Shelhiel mempamerkan lakonan pertama beliau sebagai watak hero “Angel-527” yang telah menemui watak heroin “Angel-528”, seorang ejen yang diutus oleh Tuhan yang ditugaskan untuk membawa Shelhiel, Angel-527 kembali ke “Earth-527”. 

Muzik video tersebut menjelaskan detik susah senang dalam hal percintaan kedua-dua watak hero dan heroin. Sepanjang muzik video ini, kedua-dua bidadari dilamun cinta maka menjalinkan hubungan terlarang – tetapi bidadari tidak sepatutnya menjalin hubungan cinta. 

Di penghujung muzik video bertempoh lima minit setengah ini, Angel-528 seolah-olahnya bersedia membawa pulang Angel-527 kembali ke tanah asalnya di syurga dan telah mengemukakan soalan terbuka kepada penonton : Adakah benar Angel-528 saling mencintai Angel-527 ataupun perbuatan tersebut hanya satu penipuan semata-mata? 

Runnin, Merindu” telah diarah oleh Cardin Phua seorang yang karyanya dicalonkan untuk Busan International Short Film Festival – Official Selection 2021.

Muzik video tersebut diarah oleh Shelhiel dan Cardin, di mana kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia. 

Tonton muzik video di Shelhiel official YouTube channel di sini : ​​LINK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nana Mahazan Beauty Bangkit Perkasakan Wanita, Sasar Tembus Asia Tenggara

Selamat Tinggal Dunia Forex, Zizan Razak Umum Mahu Bersara