in , ,

Selamat Tinggal Dunia Forex, Zizan Razak Umum Mahu Bersara

Perkongsian pelakon dan pelawak Zizan Razak menjadi perhatian apabila mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri lagi dalam bidang pelaburan Forex.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengumumkan ‘persaraan’ dari dunia pelaburan mata wang asing (Forex).

Menerusi entri dimuat naik di Instagram, Zizan berkata dia berbuat demikian atas sebab tertentu namun tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai keputusannya itu.

“Assalamualaikum semua. Hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,”

– Zizan Razak

Pengumuman Zizan tersebut mendapat maklum balas baik daripada orang ramai termasuk para peminat yang rata-rata mendoakan dirinya agar terus berusaha menjadi seorang Muslim lebih baik.

“Bagus, Zizan. Utamakan yang halal haram dalam hidup. Insya-Allah bertambah berkat hidup.

“Alhamdulillah, Zizan. Harap tetap haram walaupun ramai orang buat.”

– NETIZEN

Perkongsian Zizan itu disambut baik oleh netizen yang bersetuju Zizan memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang ‘bersih’ berbanding pelaburan itu.

Itu antara komen ditinggalkan netizen menerusi ruangan komen akaun Instagram Zizan yang memiliki 7.9 pengikut dalam media sosial berkenaan.

Turut mencuri tumpuan menerusi komen adalah rakan artis, Remy Ishak menulis supaya Zizan mula memulakan pelaburan emas yang halal di sisi agama: “Gold (emas) on tak on.”

Umum mengetahui, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shelhiel | 21

Shelhiel Tampil Dengan Muzik Video RUNNIN, MERINDU Featuring Airliftz & NYK

Kingsman | 22

Disney+ Hotstar To Debut 20Th Century Studios’ THE KING’S MAN On 23 February