in ,

Sheila Majid Rancang Mahu Buat Konsert Mega di Indonesia & Singapura

Rasanya, umum dah tahu, Ratu Jazz & RnB Malaysia, Datuk Sheila Majid mahu mengadakan Konsert Mega di Malaysia tapi malangnya sampai sekarang tiada penaja yang sudi membantu.

Pasti Sheila Majid akan rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat menghiburkan peminat setia sempena dengan 25 tahun kegemilangannya di persada seni.

Sampai sekarang, penyanyi terkenal dengan lagu Antara Anyer dan Jakarta ini mengharapkan sumabgan dari penaja. Tapi kalau ada pun, untuk masa sekarang ini, agak mustahil untuk buat konsert mega di Malaysia kerana jadualnya yang padat. Kalau nak buat jugak, kena buat pada tahun depan. Sedih! Apa ni syarikat Malaysia tak nak sponsor. Kalau konsert antarabangsa berebut-rebut nak sponsor. Artis sendiri tak pulak ditaja!

Namun, segala kekecewaan itu terubat kerana Sheila Majid akan mengadakan konsert mega di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta JCC, Senayan, Jakarta, Indonesia pada 23 September 2010 yang jatuh pada hari Khamis jam 8 malam.

Berkata sejurus selesai sessi rakaman Konsert Aku Cinta Padamu… Sheila Majid di Angkasapuri Jumaat lalu, beliau baru sahaja balik dari Jakarta penghujung Jun lalu untuk sesi fotografi poster dan bunting promo konsert tersebut. Sheila Majid dah tak sabar untuk menghiburkan peminatnya di Indonesia. Kalau nak dikutkan, konsert ini menjadi sejarah kerana ini adalah antara konsert paling hebat pernah dibuat oleh beliau di sana.

Budiey dengar, harga tiket untuk konsert di sana juga cukup eksklusif dan tiketnya agak mahal. Untuk tiket VIP berharga Rm500. Itu yang paling mahal. Kalau kat sana, boleh dikira harga ini setaraf dengan penyanyi antarabangsa.

Mahal ke tak, pasti ramai peminat kat sana akan datang enjoy punya. Ramai peminat di negara sekitar Asia Tenggara akan sanggup terbang ke Indonesia semata-mata mahu ke Konsert Mega Sheila Majid. Ini berdasarkan respon peminat di Twitter dan Facebook Fanpage milik Sheila Majid. Sambutannya sangat menggalakkan.

Tiada penyanyi jemputan, namun Sheila Majid akan mengundang pemuzik undangan dari Indonesia yang akan bergabung dengan pemuzik dari Malaysia. Antaranya, Indra Lesmana dan Erwin Gutawa.

Selain konsert di Indonesia, Sheila Majid juga akan buat konsert berskala yang sama di Panggung Esplanade, Singapura pada Disember 2010 ini yang akan menjadi konsert penutupnya.

Harap-harap Datuk Sheila Majid dapat buat konsertnya untuk tahun ni. Kalau tak ber-mega-mega pun, dalam skala kecik-kecik pun jadilah. Budiey suggest buat kat Dewan Philharmonik Petronas pun jadilah. Kalau tak pun, buat je kat Istana Budaya. Prestij apa?

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHEILA MAJID

Gambar Gelagat Peminat di Rakaman Konsert Sheila Majid & Anuar Zain

Momen Anuar Zain Bikin Peminat Sheila Majid Menjerit Histeria & Gila