in , ,

Momen Anuar Zain Bikin Peminat Sheila Majid Menjerit Histeria & Gila

Setiap kali penyanyi terkenal dan juga adik kepada juara Mentor lepas, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain ni muncul, pasti mengundang tepukan dan sorakan yang meriuhkan. Itu yang biasanya akan berlaku.

Seperti juga di rakaman Konsert Aku Cinta Padamu… Sheila Majid pada Jumaat lalu. Dewan Auditorium Perdana, Angkasapuri riuh sekali dengan sorakan dan tepukan tatkala Datuk Sheila Majid menjemput Anuar Zain naik ke pentas. Kononnya sebagai satu suprise buat peminatnya… walhal semua dah tahu tentang featuring Anuar Zain untuk program raya ini.

Maka, bikin histerialah sekalian peminat Sheila Majid apabila Anuar Zain berada di atas pentas. Sorakan mereka sangat membingitkan telinga mengalahkan sorakan untuk Sheila Majid. Ish ish…

Untuk memeriahkan suasana hari raya, Sheila Majid mengajak Anuar Zain untuk berduet lagu raya yang sudah biasa kita dengar iaitu Suasana Hari Raya. Kemudian, setelah pentas diserahkan kepada Anuar Zain, beliau mengajak seorang peminat turun ke pentas untuk berkongsi pentas dengannya.

Budiey ingat AZ nak suruh peminatnya menari tapi cuma bersalaman dan sekadar sesi bermesra bersama peminat. Yang si peminat ni pulak, pantang diberi peluang, terus turun dan bersalaman dengan AZ dengan mencium tangan AZ beberapa kali. Budiey rasa, kalaulah bukan rakaman nih, mesti peminat tu nak cium pipi Anuar Zain seperti yang berlaku di show AZ sebelum ini. Fanatik betul kan?

Usai sesi peminat, Anuar Zain mula menyumbang vokal mantap yang bikin suasana jadi terpukau dengan sebuah lagu yang pernah dilagukan oleh Harvey Malaiholo berjudul Pelabuhan Cinta. Sebuah lagu balada yang sungguh mendayu-dayu.

Sebagai penamat, Anuar Zain meninggalkan lagu Kau Bunga Cintaku, sebuah lagu rancak untuk kenangan semua peminat.

Kepada peminat Anuar Zain, jangan lupa untuk menonton siaran rakaman ini di TV2 pada hari raya Aidilfitri. Budiey belum diberitahu lagi konsert ini akan disiarkan pada hari raya ke berapa dan tarikh sebenarnya. Tunggu sahaja pengumumannya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHEILA MAJID

Sheila Majid Rancang Mahu Buat Konsert Mega di Indonesia & Singapura

ADV: Cabaran Affiliate Pakej Rahsia Usahawan Remaja