Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Sharifah Shahira Hos Dari Dapur Saya ke Dapur Anda

Sharifah Shahira Bereksperimentasi dengan resepi KFC dalam ‘Dari Dapur Saya ke Dapur Anda’ #KepciKitchen

Ikuti rancangan masakan terbaru bersama hos Sharifah Shahira bersama keluarga, istimewa dari dapur rumahnya. Pelbagai hidangan unik yang bakal disajikan seperti Tauhu Begedil, Nasi Ayam, Murtabak dengan Kari Atuk dan Bubur Lambuk yang diadun bersama perisa-perisa terbaik sepanjang zaman khas dari KFC. 

Primeworks Studios telah bekerjasama dengan Motion Content Group dan KFC untuk membawakan siri masakan empat episod ini yang akan disertakan tanda pagar #KepciKitchen bagi mengalakkan penonton bereksperimentasi dengan menu istimewa KFC. 

Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda telah bersiaran di laman rasmi Youtube TV3Malaysia pada 29 April. Saksikan episod terbarunya di Youtube atau Facebook pada 6, 13 dan 20 Mei pada jam 6.00 petang. 

Episod 1 (29 April 2020) – Tauhu Begedil Ayam KFC bersama sos Jalapeno 

Episod 2 (6 Mei 2020) – Nasi Ayam ORI Kepci

Episod 3 (13 Mei 2020) – Murtabak & Nasi Kari 

Episod 4 (20 Mei 2020) – Bubur Lambuk Ayam KFC

#KepciKitchen

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version