in , ,

AirAsia Laksana Prosedur Tanpa Sentuhan Bagi Perjalanan Penting

AirAsia akan melaksanakan beberapa prosedur tanpa sentuhan bagi perjalanan penting termasuklah pembayaran tanpa sentuhan di lapangan terbang, kiosk tanpa sentuhan, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) serta ciri-ciri baharu yang dikemas kini pada aplikasi mudah alihnya untuk memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Syarikat penerbangan ini kini menyediakan pilihan pembayaran tanpa sentuhan secara Wave untuk pembayaran melalui AliPay dan WeChat Pay di klia2 di Malaysia, diikuti oleh lapangan terbang lain secara beransur-ansur. Pilihan lain seperti BigPay dan Touch N Go juga bakal tersedia tidak lama lagi. Selain itu, kiosk tanpa sentuhan boleh didapati di semua lapangan terbang yang beroperasi di seluruh Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Jepun mulai hari ini. Para tetamu yang membuat perjalanan penting boleh mencetak pas masuk dan tag bagasi mereka setelah mendaftar masuk secara dalam talian di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih, untuk pengalaman daftar masuk tanpa sentuhan sepenuhnya.

airasia

Prosedur perjalanan tanpa sentuhan yang lain termasuklah Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) akan tersedia di klia2, diikuti oleh lapangan terbang lain di Malaysia di mana AirAsia beroperasi. PRS tidak memerlukan pertukaran pas masuk antara tetamu dan AVSEC (pihak keselamatan penerbangan) kerana mereka hanya perlu mengimbasnya.

Selain itu, AirAsia juga telah mendigitalkan proses menaiki penerbangan dengan mengimbas semua pas masuk di pintu pelepasan dan tidak lagi mengambil pas masuk fizikal.

Aplikasi mudah alih AirAsia pula akan dikemas kini pada bulan ini dengan ciri-ciri baharu di mana para tetamu boleh mengimbas pasport mereka melalui aplikasi tersebut, seterusnya memudahkan pengalaman pengguna dan melancarkan proses daftar masuk tanpa sentuhan.

AirAsia juga merancang untuk menambah ciri-ciri lain seperti imbasan visa perjalanan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik berkata:

“Selain langkah keselamatan ketat di lapangan terbang seperti penanda penjarakan sosial dan Allstars yang memakai peralatan perlindungan diri, kami berbesar hati untuk memperkenalkan prosedur tanpa sentuhan yang dikemas kini untuk memberikan pengalaman yang lebih selamat, cekap, dan tanpa sentuhan untuk para tetamu kami di rantau ini.

Keselamatan tetamu dan Allstars adalah keutamaan kami dan prosedur tambahan ini adalah bukti komitmen berterusan kami untuk memastikan keselamatan perjalanan dalam persekitaran normal baharu bagi perjalanan udara.”

Javed Malik

AirAsia turut melaksanakan beberapa langkah keselamatan baharu untuk perjalanan penting. Untuk maklumat lanjut layari pautan ini.

What do you think?

82 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sharifah Shahira Hos Dari Dapur Saya ke Dapur Anda

Kolaborasi Media Prima & Celcom Bangkit Semangat Sambutan Ramadan & Syawal