in ,

Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night

sharifah amani

[dropcap]P[/dropcap]ada pagi yang indah ini, Budiey ada menonton sebuah trailer filem terbitan produksi dari Jepun lakonan Sharifah Amani yang berjudul Redemption Night. Selain Sharifah Amani, filem yang ditayangkan di Jepun ini juga turut menampilkan beberapa pelakon Malaysia yang lain. Antaranya Bront Paralea, Azman Hassan Sharon Chong.

Sebenarnya, berita tentang filem ini dah lama, rasanya dah tahun lepas lagi, pelakon cute nih dah tweet kat Twitter. Cuma Budiey tak sempat nak tulis entri je. Budiey difahamkan, Redemption Night sebenarnya tercetus rentetan daripada projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad.

Watak yang dipegang oleh anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar itu Budiey rasa sangat mencabar sebab dia memegang watak sebagai pelacur.

Sharifah Amani

Sebenarnya, filem arahan Hasoi Takato ini menjalani penggambaran di Malaysia sekitar Disember 2010. Kira dah lama dibuat cuma tunggu masa untuk tayangan di Malaysia.

[pullquote align=”right”]Budiey difahamkan, Redemption Night sebenarnya tercetus rentetan daripada projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. [/pullquote]

Melihat trailer filem tersebut, ternyata Amani yang memengang watak sebagai Rin nampak daring dan sangat menghayati karakternya. Satu sisi yang berbeza diberikan oleh Amani kali ini. Terasa tidak sabar mahu menonton filem ini dan diharapkan ia turut di tayangkan di Malaysia, nanti.

Diterajui aktor berkaliber Jepun, Akihiro Hirama, filem ini mengisahkan perjalanan dua orang lelaki dari negara Jepun yang datang ke Malaysia untuk tujuan masing-masing dan akhirnya memerlukan antara satu sama lain. Tatsumi (Akihiro) telah membuka satu kilang di Malaysia tetapi tidak berjaya dan ingin membunuh diri supaya mendapat insurans bagi keluarganya di Jepun, Saijo (Misawa) yang datang ke Malaysia untuk mencari seseorang di sini telah terserempak dengan Tatsumi yang ingin membunuh diri.

Tatsumi dan Saijo telah membuat perjanjian dimana Saijo akan menjadi saksi kepada kematian Tatsumi dan dapat 10% dari insurans manakala Tatsumi harus menemani Saijo dahulu dalam pencariannya. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa Rin (Sharifah Amani), seorang pelacur menunjukkan jalan bagi mereka. Perjalanan mereka harungi penuh dengan cabaran dan dugaan.

“Arwah mahu bikin filem Jepun yang diberikan nama Wasurenagusa. Untuk Wasurenagusa, saya dan Yasmin telah berkunjung ke Jepun bagi mencari lokasi yang sesuai dan berkenalan dengan rakan produksi di sana. Biarpun tidak dapat merealisasikan Wasuranegusa, namun sebuah pihak produksi di Jepun telah menghubungi saya untuk menjayakan sebuah filem. Pengarah bagi filem tersebut juga merupakan rakan kepada Pete Teo dan saya ditawarkan watak sebagai Ryn iaitu seorang pelacur yang mempunyai seorang anak lelaki. Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Dengan kisah dan jalan cerita yang gelap, saya turut beraksi di samping pelakon daripada Jepun serta teman Bront Palarae yang juga turut terlibat dalam pembikinan filem ini. Tetapi saya tidak tahu samada ada ia akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak kerana ini ada sebuah filem independent daripada Jepun dan di sana juga belum tahu bila tarikh tayangannya.”

“Seperti biasa genre filem sebegini dihasilkan kerana karya dan jalan cerita filemnya dan bukannya kerana mahu mencari populariti. Namun begitu, saya mahu ahli keluarga dan rakan berpeluang menonton lakonan saya dalam Redemption Night.”

Budiey tak sabar nak tonton filem ni. Tu je yang Budiey boleh cakap.

Sharifah Amani

Sharifah Amani

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. kalau berlakon sebagai pelacur dalam sebuah filem bersama2 pulak dengan pelakon orang asing… tak tau lah bagaimana jadinya. Susah juga nak bayangkan…. terutama yang berlakon tu seorang Islam. Apa reaksi anda?

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AIM Chinese 2013 Final Five Nominees Revealed

Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera