in , ,

Shamaine Othman Bakal Persembahkan Komedi ‘Stand-Up’ Oktober Ini 

Shamaine Othman Pelawak Wanita Negara Bertaraf Antarabangsa Bakal Persembahkan Komedi ‘Stand-Up’ Solo Pertama Oktober Ini

Penantian Shamaine Othman, karyawan Malaysia yang amat dikenali dengan bakatnya sebagai penulis, pelakon, pengarah, produser dan juga pelawak ‘stand-up’ bakal berakhir dengan pementasan ‘Oh No She Didn’t!’ pada Oktober ini.  

Dirancang sejak sebelum dunia dilanda pandemik, persembahan istimewa komedi ‘stand-up’ tersebut bakal melakar sejarah sebagai persembahan solo pertamanya sejak mula berjinak-jinak dengan dunia komedi sejak tahun 2012. 

Pementasan tersebut dijadualkan berlangsung hanya untuk satu malam sahaja (buat masa ini) pada 12 Oktober 2022 di Damansara Performance Arts Centre (DPAC), Empire Damansara. 

Shamaine Othman Bakal Persembahkan Komedi ‘Stand-Up’ Oktober Ini

Dengan pengalaman melebihi sepuluh tahun Shamaine mengambil bahagian di dalam persembahan komedi ‘stand-up’ berkumpulan di serata rantau Asia, Shamaine mengakui bahawa ianya berjaya mengasah bakat komedinya dan lebih arif dalam membaca kelakuan serta kemahuan para audiens yang hadir ke setiap persembahannya. “Jujur saya katakan bahawa saya kini lebih bersedia untuk pementasan solo dan sudah tiba masanya untuk saya mencipta nama saya sendiri di dalam cabang seni yang amat unik ini. 

Lebih-lebih lagi di negara kita, jarang sekali kita dapati pelawak wanita yang berani untuk menceburkan diri di dalam bidang komedi ‘stand-up’, dan ia bagaikan didominasi oleh kaum lelaki. Saya anggap ini sebagai salah satu cabaran yang harus saya sahut dan pementasan solo bernama ‘Oh No She Didn’t!’ ini bakal mengubah lanskap tersebut”, kata Shamaine. 

Shamaine Othman Bakal Persembahkan Komedi ‘Stand-Up’ Oktober Ini

Amat dikenali di kalangan peminat komedi negara dengan penulisannya bagi Projek Disko Baldi yang turut memenangi pelbagai anugerah dan seterusnya mendapat perhatian meluas apabila ia diterbitkan sebagai rancangan televisyen, Shamaine juga bertanggungjawab menulis muzikal OlaBola di bawah produksi Enfiniti Productions. 

Shamaine Othman Bakal Persembahkan Komedi ‘Stand-Up’ Oktober Ini

Selama lebih dari satu dekad, Shamaine telah menghabiskan masa bekerjasama dengan industri televisyen dan filem di Malaysia dan Singapura dalam pelbagai bidang. Di antara rancangan-rancangan terkemuka yang pernah dihasilkan oleh Shamaine termasuklah Fear Factor (ASTRO), Club Mickey Mouse (Disney), Geng (ASTRO), Love in Lockdown (Sooka), Kuasa (ASTRO), Histeria (ASTRO), Rojak (Channel 5), Whoopie’s World (Okto) dan Totally Totto (Okto). Shamaine juga telah menulis dan mengarah tiga filem pendek iaitu Love Story bagi Festival Ikal Mayang Festival, Cuak dan KL24: Zombies.

“Pementasan ‘Oh No She Didn’t!’ bertemakan kisah seorang wanita bujang yang hampir mencapai umur 40-an yang terlampau sibuk bekerja dan mementingkan karier sehingga lupa dengan kehidupan peribadinya. Ia sangat ‘personal’ dan saya juga akan menyelitkan pelbagai kekalutan sebagai seorang warga Malaysia pada saat ini dan subjek ini tentunya amat relevan kepada para penonton yang hadir. 

Tatkala dunia dilanda pandemik, saya terfikir semula tentang projek ini yang telah lama direhatkan dan saya mula merangka strategi persembahan ini. Proses ini agak menakutkan juga kerana saya tidak pernah berseorangan di atas pentas. Namun inilah yang saya imaginasikan dan saya harap para peminat komedi negara akan datang beramai-ramai untuk menonton pementasan ini dan menyokong perjalanan seni saya”, tambah Shamaine lagi. 

Shamaine Othman Bakal Persembahkan Komedi ‘Stand-Up’ Oktober Ini

‘Oh No She Didn’t!’ bakal diterbitkan oleh Cinematic Sdn Bhd, syarikat yang sebelum ini dinaungi oleh pengarah filem legenda negara iaitu Othman Hafsham, yang juga bapa kepada Shamaine. Syarikat penerbitan tersebut kini bakal diambil alih oleh Shamaine dan ianya sedang sibuk mengumpul serta membina pelbagai idea serta material baru selari dengan kehendak audiens masa kini. 

Jelas Shamaine, “Sepanjang karier saya di dalam bidang seni telah banyak yang saya lalui. Bermula dengan kumpulan komedi improv paling lama bertahan di dalam industri seni Malaysia iaitu AIIA Improv dan saya juga telah dipilih sebagai pembuka acara bagi pelawak antarabangsa seperti Gina Yashere dan Ronny Chieng. Saya telah menulis material dalam pelbagai genre namun komedi mempunyai tempat yang amat istimewa di dalam jiwa saya”. 

Tiket berharga RM80 sudah mula dijual di www.shamaineothman.com . DPAC mempunyai kapasiti seramai 200 orang jadi kepada peminat-peminat komedi terutamanya Shamaine Othman, tempah tiket anda sekarang agar tidak ketinggalan. 

Ikuti perkembangan terkini Shamaine Othman di media sosial seperti berikut:

Instagram: @iamshamaine / Twitter: @shamaineothman / Tik-Tok: @foxymaine /

Facebook: www.facebook.com/shamaineo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix

Netflix Kini Bekerjasama dengan Ubisoft, Cipta Tiga Permainan Mudah Alih

Trophy Knives | 13

Trophy Knives Bakal Lancar Album Baru Berjudul LOOK THE OTHER WAY