in , , ,

Shaheizy Sam Mohon Maaf Kepada Penganjur ABPBH 33 Gara-Gara Gantung Vape Di Leher

Setelah dikecam gara-gara menggantung vape di leher ketika menjadi penyampai dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) malam tadi, pelakon Shaheizy Sam akhirnya tampil memohon maaf kepada penganjur.

Akui cuai apabila membawa beberapa rokok elektronik atau vape ketika menjadi penyampai anugerah di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH33) semalam, Shaheizy Sam memohon maaf di atas kekhilafannya itu.

Gementar dengan situasi norma baharu yang lengang sehingga terlupa untuk menanggalkan vape dilehernya, Sam menegaskan ia bukan salah pihak penganjur dan pada masa sama dia memang kerap membawa vape bersama.

Shaheizy Sam Mohon Maaf

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pelakon itu turut meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri terhadap isu yang timbul.

“Hari ini Sam sedar ramai yang bising di sosial media tentang apa yang jadi di ABPBH semalam. Jadi Sam nak minta ampun maaf beribu-ribu ampun sangat-sangat terutama sekali kepada ABPBH dan TV3 di atas kecuaian dan kelalaian diri Sam.

“Tak ada orang lain yang salah, memang diri Sam yang salah. Terus terang Sam cakap dalam keadaan yang nervous malam tadi, di backstage yang lengang, yang tak ada orang… Sam hanya memfokuskan untuk buat yang terbaik,”

– Shaheizy Sam

Semalam, pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) telah mengecam tindakan yang dibuat pelakon itu apabila menggantung vape dileher ketika tampil secara live dalam ABPBH 33.

Menurut Sam, disebabkan terlalu fokus dia sendiri terlupa tentang apa yang dibawanya ke atas pentas.

“Tak ada niat nak mempromosikan semuanya atas cuai dan lalai Sam. Sam minta ampun sangat-sangat. Apa yang tergantung adalah keperluan diri Sam. Ini memang kegunaan diri Sam sendiri.

“Tak adalah sampai niat nak mempromosikan. So, Sam minta maaf sekali lagi… kecuaian diri Sam, kelalaian diri Sam mengundang yang tak elok kepada orang lain,”

– Shaheizy Sam

Dalam pada itu, menerusi Instagram Sam turut memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memohon maaf kepada pihak penganjur dan TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cartoon Network ‘So Much Christmas’ & Gift Boxes Worth a Total of RM75,000 Up for Grabs

Isu Shaheizy Sam, Penganjur ABPBH 33 Kesal Artis Tak Peka, Ini Kenyataan Penganjur ABPBH33