in

Shaheizy Sam Lancar Lagu Terbaru BANGUN Pagi Ini

Hari ini, Rabu yang cerah, Budiey pagi-pagi lagi kena keluar rumah untuk menghadiri Majlis Pelancaran Album Single BANGUN nyanyian terbaru pelakon terkenal Shaheizy Sam yang diadakan di Talent Lounge, Mutiara Damansara. Kalau sebelum ini Sam berduet dengan Yana Samsudin, kali ini Sam berpadu suara pula dengan Liyana Jasmay. Setelah berjaya merakam single ini dua bulan lalu, Shaheizy Sam nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan single bersama video klip yang baru saja siap dengan kerjasama Warner Music Malaysia.

Shaheizy Sam Lancar Lagu Terbaru Bangun Pagi Ini

[pullquote]Untuk memastikan segala usaha keras berjalan lancar, kerjasama antara semua memang diperlukan untuk Sam terus melonjakkan jenama dan mengekalkan nama beliau. Tambahan pula, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dah makin dekat, jadi ini adalah masa yang terbaik buat Shaheizy Sam menghasilkan sesuatu untuk tatapan peminat, betul tak?[/pullquote]

Nampaknya setelah sekian lama tak dengar Shaheizy Sam menyanyi, hari ini, Budiey akan rakam video sekitar majlis anjuran Nescafe, People Powered Nescafe On Sam #NESCAFEONSAM ini.

Untuk peminat dan pengikut setia Shaheizy Sam, jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel Budiey.com ya. Single BANGUN yang turut menampilkan pelakon comel Liyana Jasmay ini dihasilkan untuk menghangatkan lagi kempen anjuran Nescafe, People Powered Nescafe On Sam, di mana liriknya gabungan idea 50,000 peminat. Lagu ciptaan komposer terkenal, Audi Mok itu menceritakan tentang semangat bangun pagi dan ada mesej yang sangat positif.

Bagi Sam pula, dia dah tak sabar untuk perform dan memperkenalkan muzik video terbaru BANGUN kepada peminat dan projek istimewa ini sungguh bermakna buat Sam. Beliau juga turut berterima kasih kepada Nescafe serta Warner Music yang berhempas pulas memastikan usaha ini berjaya.

Mungkinkah 2014 akan jadi permulaan baik buat Sam untuk kembali ‘mengganas’ dan merebut kembali takhta artis paling popular? Sama-samalah kita doakan ya.

Layarilah www.onsam.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Tayangan Premiere 300: RISE OF AN EMPIRE (IMAX 3D) – Sensasi Selebriti