in

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Tinggal sebulan lebih je lagi, Konsert Teaterikal Suara Kita akan bergema di Istana Budaya. Dalam pada Budiey sibuk mempromosikan konsert ini, pasukan konsert ini kini sedang giat menyusun perancangan demi memastikan konsert berjaya menghiburkan peminat yang hadir. Bertempat di pejabat Antipop Event, Damansara Perdana, ‘team’ ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ telah berjumpa dan bersidang buat pertama kalinya selepas sesi sidang media yang diadakan dua minggu lalu. Perjumpaan itu melibatkan pengarah konsert tersebut iaitu Erma Fatima. Turut hadir, dua bintang utama konsert ini iaitu Erra Fazira dan Ziana Zain. Tidak terkecuali pengarah muzik konsert, Edrie Hashim.

Sesi tersebut lebih kepada perbincangan konsep dan perjalanan konsert itu nanti. Apa yang pasti, konsert ini bakal mencatatkan sejarah tersendirinya kerana menggabungkan kembali tiga bintang hebat tanah air yang pernah menggegarkan industri perfileman tempatan menerusi filem ‘Sembilu’ dan ‘Sembilu 2’.

‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ yang membariskan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain ini bakal di persembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac 2014.

Tiket-tiket untuk menyaksikan kesemua persembahan sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh terus ke kaunter penjualan tiket di Istana Budaya. Tiket-tiket berharga, RM79, Rm149, RM199, RM249, RM299, RM349, RM399 dan RM499.

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Konsert Teaterikal SUARA KITA Gigih Bersedia Demi Peminat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin & Bront Palarae Mencatas Cinta?

Shaheizy Sam Lancar Lagu Terbaru BANGUN Pagi Ini