in ,

Shae & Nukilan Bergabung Demi RINDU

Setelah kejayaan Shae melalui lagu ‘Sayang’ yang mencecah melebihi 2 juta muat turun RBT, ‘Sayang’ telah dinobatkan sebagai muat turun yang terbanyak pada tahun 2014. 2 juta muat turun RBT bukan angka yang mudah untuk dicapai walaupun bagi artist lama apatah lagi artis baru yang mahu menapak di dalam Industri Muzik Tanahair.

Bagi Shae, beliau bukan sahaja meraih kejayaan tersebut malah telah membuktikan sebagai artist yang pertama berjaya memecahkan rekod penjualan digital ‘Zakiah Zakiah’ oleh Jinbara & Ahli Fiqir. Dengan reputasi itu, Shae agak berhati-hati untuk mengeluarkan single terbaru beliau. Kali ini agak berbeza kerana Shae telah memberi kepercayaan kepada Malique untuk menghasilkan single terbaru dan berkolaborasi bersama artis terbaru di bawah naungan Qarma MusiQ (syarikat rakaman hakmilik Malique).

Nukilan 12

Selepas mendapat kejayaan yang gemilang melalui lagu ‘Teman Pengganti’ pada tahun 2012, Malique kini kembali dengan menghasilkan sebuah lagu yang pasti meletop pada tahun 2015 ini. Lagu ini diberi nama ‘Rindu’ sesuai dengan maksud yang tersirat dan tersurat dengan bait-bait lirik yang begitu puitis.

Lagu ‘Rindu’ adalah hasil ciptaan Malique, Dedeq dan Tripdisz manakala lirik oleh Malique dan Dedeq ini menceritakan tentang sebuah kisah cinta yang telah berakhir namun hati masih rindu dan dambakan kepada kekasih yang telah pergi jauh dari sisinya. Karya mereka begitu puitis dan tinggi maksud tersiratnya sampai memerlukan kita memikirkan apakah yang ingin disampaikan oleh sang pencipta.

Shae yang sebelum ini popular dengar lagu hitnya ‘Sayang’ amat teruja dapat bekerjasama dengan Malique yang merupakan seorang penerbit tersohor yang mempunyai lirik, melodi dan rentak yang tersendiri. Lagu ‘Rindu’ ini juga telah mengambil masa selama hampir 2 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Shae juga telah diterbangkan ke Malaysia untuk merakamkan lagu ini pada Disember 2014. Seperti yang kita tahu, Malique merupakan seorang penerbit yang pentingkan kesempurnaan dan bagi lagu ini beliau amat mengambil serius dan memastikan melodi yang disampaikan mampu membawa para pendengar ke suatu dimensi yang baru. Karya seperti ini lah yang perlu kita tolak kehadapan kerana mempunyai bait-bait lirik yang penuh dengan maksud yang mendalam.

Lagu ‘Rindu’ ini turut menampilkan sebuah kumpulan baru dan yang pertama di bawah naungan Qarma MusiQ yang dipelopori oleh Malique Ibrahim. Kumpulan ini diberi nama Nukilan yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Kirana, Kelana dan Agenda. Kirana yang berasal dari Semporna, Sabah sebelum ini dikenali sebagai Zizi yang juga pernah menganggotai kumpulan hip hop tempatan iaitu The Fabulous Cats. Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama The Fabulous Cats, Kirana membuat keputusan untuk memulakan perjalanan baru dengan menyertai Nukilan. Beliau bukan sahaja menyanyi tetapi turut melakukan rap di dalam lagu ‘Rindu’ ini.

Agenda pula memulakan karier beliau sebagai penyanyi di Kuantan, Pahang dan beliau merupakan sebahagian daripada duo hip hop yang dipanggil YMY yang kemudiannya dikenali sebagai Kmy KMO. Pada mulanya Agenda menyertai Nukilan sebagai penyanyi rap namun beliau telah buktikan kebolehannya untuk menyanyi juga. Kelana pula yang dilahirkan di Pekan, Pahang menyertai kumpulan The Fabulous Cats pada tahun 2011. Beliau sebelum ini dikenali dengan Afif dan apabila menyertai Nukilan, mereka telah memutuskan untuk bergelar Kelana. Kelana berharap agar mereka dapat menjadi artis contoh, dapat meraih pelbagai kejayaan dan diiktiraf selari dengan bakat yang mereka perjuangkan sekali gus melonjakkan lagi nama Nukilan di dalam dan luar negara.

Lagu yang berentak RnB ini dipertaruhkan sebagai buah tangan baru bagi tahun 2015 ini. ‘Rindu’ merupakan sebuah cetusan melodi RnB yang santai gubahan muziknya yang mampu mengajak si pendengar untuk turut menyanyi bersama. Lagu ini juga mampu dikaitkan dengan kehidupan seharian setiap insan kerana pasti kita akan merindui seseorang atau sesuatu yang telah lama kita tinggalkan.

“Rindu” nyanyian Shae dan Nukilan ini merupakan usahasama antara Warner Music (M) Sdn Bhd dan Qarma MusiQ.

Shae & Nukilan 2

Shae & Nukilan 1

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:
Title Maxis Caller Ringtones Celcom Call Me Tones DiGi Caller Tunes
Rindu 444616 237342 1803288

Cara-Cara Muat Turun:
Maxis Caller Ringtones : Dial *131*# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones : Dial *888*# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes : Dial *233*# dan tekan call/send

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azmil & Dayang Nurfaizah Juara Mentor Legend

Iklim Kembali Bersatu Jayakan Konsert di Marina Bay Muar Johor