in , ,

Setelah 8 Tahun Menunggu, Isteri Jehan Miskin Sah Hamil

Lama kita tidak mendengar perkhabaran pelakon lelaki yang satu ini. Baru-baru ini, Jehan Miskin berkongsi berita gembira dengan peminatnya.

Peminat drama Melayu suatu ketika dulu pastinya mengenali pelakon kacak, Jehan Miskin yang sangat popular dengan memainkan watak-watak ‘romeo’. Berkahwin dengan wanita berasal dari Korea Selatan, Jehan terlihat bahagia disamping isteri tercinta dan kerap memuat naik gambar berdua.

Jehan Miskin

Setelah lapan tahun mendirikan rumahtangga, isteri pelakon Jehan Miskin disahkan hamil. Berita gembira dikongsi oleh Jehan sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto ‘scan’ bayi serta menulis kapsyen gembira di atas kurniaan rezeki tersebut. Menurut Jehan, isterinya bakal bersalin tahun hadapan.

Jehan Miskin

Julie pula memberitahu dia tidak sabar melalui fasa teruja, malu dan gembira sewaktu dalam proses mengandung ini. Tambahnya, dia dan suami tidak menyangka mereka bakal menjadi ibu dan ayah. Tahniah! 

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang sudah lama menanti kehadirian orang baharu dalam keluarga kecil mereka.

Mereka juga turut mengakui gembira apabila mendengar khabar gembira yang dimaklumkan oleh Jehan Miskin dan isteri.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Jehan dan isterinya. Jehan Miskin dan isterinya berkahwin sekitar Mei 2013 dan isterinya merupakan warganegara Korea Selatan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fenomena 7 Hari Mencintaiku, TV3 Ikat Novel Siti Rosmizah, Bakal Diadaptasi Secara Eksklusif

Fenomena 7 HARI MENCINTAIKU Bersambung Untuk Siri Ke-3 Tahun Depan