in , ,

Tentang Filem SESUATU YANG TERTINGGAL Lakonan Zahiril Adzim

Sesuatu Yang Tertinggal merupakan sebuah filem genre ngeri dan drama yang ditayangkan pada 5 Januari 2012 di Malaysia. Filem ini merupakan filem pertama arahan Asrul Hisham Ahmad, bekas artis kesan visual Usop Sontorian.

Filem seram ini mengisahkan tentang enam orang penghuni rumah anak yatim iaitu Arshad(16 tahun), Mona(15 tahun), Zakiah(15 tahun), Ashraf(11 tahun), Daud(10 tahun) dan Murni(9 tahun) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama.

Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain.

Sesuatu Yang Tertinggal

Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang misteri. Mona terus berubah sikap selepas itu. 

Bella iaitu seorang pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya.

Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka?

Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?

Filem yang cuma menelan kos perbelanjaan tidak sampai pun RM1 juta (hanya RM0.80 Juta) ini nampak begitu kuat dari segi pemilihan dua orang pelakon utamanya iaitu Sara Ali dan Zahiril Adzim.

Sekali lagi sebuah filem tempatan mempertaruhkan genre seram untuk menarik minat dan sokongan penonton Malaysia untuk pergi menonton filem ini panggung wayang berdekatan kawasan mereka.

Aku tidak pasti bagaimana hasil sebenar filem ini kerana trailer selalunya tidak dapat memberi petunjuk sesuatu filem itu betul – betul bagus atau tidak.

Aku mengakui aku sangat meminati hasil lakonan pelakon Zahiril Adzim kerana beliau pandai memilih watak cuma aku sedikit risau jika watak beliau di dalam filem ini sama seperti wataknya di dalam filem Klik 3GP.

Maksud aku disini dari segi kekuatan watak dimana di dalam filem Klik 3GP kekuatan watak beliau kurang ditonjolkan. Apa-apa pun, sama-sama tunggu dan lihat hasil filem ini pada awal tahun depan.

Sinopsis Sesuatu Yang Tertinggal

Refreshed by the feeling of moving to a new place and buoyed by this new start, quiet and cautious Arshad (Zahiril Adzim) who always have had feelings for Mona (Sara Ali), now wants to show his affections for Mona by giving her a mysterious antique mirror but when strange things start to happen to Mona, Arshad must be brave or he will lose his crush and the other orphans to the mirror’s evil powers.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rupanya Ini Sebab Nama Anuar Zain Trending di Singapura, Promo Tour Album Terbaharu!

Filem Chow Kit