in

Sesi belai diri buat Selebriti di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

[dropcap]S[/dropcap]esi Spa LISA yang telah diadakan pada 5 April lalu mendapat sambutan hangat daripada barisan selebriti ABPBH 2012 yang terbabit dalam acara kemuncak majlis pengaugerahan itu. Tahun ini, LISA menampilkan konsep spa dengan menyajikan servis rias kuku yang ditaja khas oleh Orkid Nail Spa dan juga khidmat urutan daripada Spa Taman Sari Royal Heritage oleh Mustika Ratu.

Editor Lisa Izza Safinaz Melayan Kunjungan Istimewa Orang Kuat Abpbh Kak Cham Serta Selebriti Yang Hadir

Ini adalah inisiatif kedua LISA Malaysia bekerjasama dengan Berita Harian dan konsep spa diperkenalkan untuk memberikan khidmat santai dan rias lima bintang kepada tetamu selebriti secara percuma sebelum melangkah ke karpet merah acara gilang-gemilang pada malam kemuncak itu.

Menurut Editor Pengurusan LISA Malaysia, Izza Safinaz Ibrahim; “Konsep tahun ini bertumpu pada khidmat spa khusus untuk semua calon ABPBH 2012 dan juga artis yang terbabit untuk malam kemuncak anugerah berprestij ini. Kami menyediakan khidmat urutan oleh Mustika Ratu dan rias kuku oleh Orkid Nail Spa untuk jemputan selebriti datang menenangkan minda serta bersantai.”

Antara selebriti yang turut hadir pada sesi santai ini termasuklah bintang edisi April Emma Ma’embong, Ainan Tasneem, Nabila Huda, Adira, Kilafairy, Jihan Muse, Asmidar, Yana Samsudin, Zizan Razak, Kaka Azraff dan Zarul Umbrell. Turut hadir tetamu yang terdiri dari pihak penganjur APBBH, penaja bersama anugerah dan rakan media.

SPA LISA telah dibuka pada 5 April 2013 dari jam 10 pagi sehingga 8 malam di salah sebuah bilik menuggu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sesi rias dan layanan istimewa yang ditawarkan adalah:

• Rias kuku oleh Orkid Nail
• Khidmat urutan daripada Spa Taman Sari Royal Heritage oleh Mustika Ratu • Jamuan ringan
• Beg cenderahati eksklusif LISA Malaysia

Jihan Muse Merupakan Antara Selebriti Terawal Yang Hadir

Yana Dan Zizan Juga Turut Mencuba Khidmat Urut Kaki

Kaka Tidak Ketinggalan Merias Kuku Di Spa Lisa

Kunjungan Nabila Huda Turut Memeriahkan Spa Lisa

Antara Sajian Ringan Yang Dihidangkan Dengan Kerjsama Petunia Flowers

Ainan Tasneem Menghias Kuku Di Spa Lisa

Emma Ma'Embong Mencuba Khidmat Urut Kaki Oleh Taman Sari Royal Heritage Oleh Mustika Ratu

Zizan Sempati Berjenaka Di Spa Lisa

TENTANG LISA MALAYSIA
Hanya RM3.90, Setiap Bulan
LISA diterbitkan untuk gadis Melayu berusia 17-29 tahun yang mencari inspirasi hidup mengenai fesyen, kecantikan, perhubungan, kerjaya, kewangan, teknologi dan kesihatan. LISA hadir dengan kandungan rencana dan artikel yang membantu memperkaya serta memberi manfaat kepada kehidupan moden wanita Melayu yang masih menerapkan ciri tradisional. LISA adalah teman baik dan sumber inspirasi gadis Melayu dalam merencana masa depan mereka. Lengkap Informasi Sumber Aspirasi.
Kelahiran LISA Malaysia diterbitkan oleh HPB Press Holding Sdn Bhd dan merupakan projek usahasama dengan Hubert Burda Asia yang mencatat profil tersendiri dengan kejayaan LISA edisi Thailand sejak 12 tahun lalu.

TENTANG HUBERT MEDIA ASIA
HPB Press Holding adalah projek usahasama antara Hot Potato Publishing dan Hubert Burda Media Jerman. Hubert Burda Media berusia lebih 100 tahun dan adalah salah satu empayar media terbesar di Jerman dengan 303 buah majalah dipasarkan di negara tersebut dan antarabangsa serta pengendali laman web dan kandungan radio, produksi TV dan kempen pemasaran langsung. BURDA merupakan kumpulan media antarabangsa yang memiliki pelbagai premis di Jerman, Eropah Tengah dan Timur, Rusia dan Asia. HBM menerbitkan sebanyak 250 majalah di serata dunia dan memegang portfolio tersendiri termasuk penerbitan InStyle, CHIP, FOCUS, Max dan Burda Style.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Novak Djokovic Tennis Apparel Collection at UNIQLO

Maxis Lancar Hotlink Edisi Social Untuk Peminat Media Sosial