in ,

Drama SESEJUK COCONUT SHAKE Lakonan Raja Farah & Wan Raja

Saksikan drama bertajuk “Sesejuk Coconut Shake” yang bersiaran sempena hari ulangtahun kelahiran insan teragung, Nabi Muhammad S.A.W. pada 25 Disember ini, pukul 9.30 pagi di TV1.

Telefilem menarik terbitan Adie Aziz, Unit Drama TV RTM ini membariskan pelakon seperti Raja Farah, Wan Raja, Falisha Croosley, Muhammad Rieefqie, Siti Elizad dan Dato’ Aziz Singah.

Untitled

Ia mengisahkan Prof Madya Dr. Qayyum, pensyarah universiti di ibukota dan Ustazah Saniyah sepasang suami isteri yang sentiasa sibuk dengan karier masing-masing. Namun Ustazah Saniyah jauh lebih popular daripada suaminya kerana kerap muncul di kaca TV dan majalah. Apatahlagi Ustazah Saniyah juga seorang penulis buku motivasi popular di kalangan pembaca.

Akibat terlalu sibuk memenuhi undangan berceramah dan forum, hubungan Ustazah Saniyah dengan suaminya hambar. Mereka cuma berlagak mesra bila memenuhi undangan bergambar untuk majalah dan sebagainya. Situasi itu disedari dua anaknya, Putri dan Nazim.

Dr Qayyum popular di kalangan para pelajarnya. Salah seorang pelajarnya, Mastura amat meminati Dr Qayyum dan selalu menggodanya dengan bermacam cara. Malah Mastura pernah menghadiahkan ‘coconut shake’ pada Dr Qayyum pada hari jadi pensyarahnya itu. Timbul rasa cemburu Ustazah Saniyah apabila mengetahui perkara tersebut.

Untitled

Sejak mengetahui suaminya menerima hadiah ‘coconut shake’ tersebut, Ustazah Saniyah begitu membenci sesuatu yang berasaskan kelapa. Ustazah Saniyah mula bimbang suaminya mahu berkahwin lain. Dia kemudiannya mencadangkan kepada suaminya untuk bercuti dan merapatkan kembali hubungan mereka.

Kata putus dibuat dan mereka berangkat ke Pulau Perhentian, Terengganu bercuti. Namun ketika menaiki bot ke pulau peranginan tersebut tiba-tiba bot mereka dipukul ombak mengakibatkan mereka terkandas di tengah pulau. Mereka anak beranak kemudiannya terdampar di sebuah pulau yang tak berpenghuni.

Kedua pasangan suami isteri ini sentiasa tidak sependapat antara satu sama lain hingga mereka saling bermasam muka. Namun mereka kemudiannya saling memujuk dan keadaan kembali tenang. Begitu pun segalanya tidak lama apabila mereka berselisih faham semula walaupun disebabkan perkara kecil.

Sepanjang seminggu terdampar di pulau tersebut, mereka terpaksa melakukan ikhtiar hidup mencari makanan sendiri bagi meneruskan kehidupan. Nazim yang pernah menjadi anggota persatuan pengangkap sekolah telah menggunakan ilmu pengangkapnya untuk membina tempat perlindungan daripada bahan semula jadi iaitu dari pokok kelapa dan kayu kayan yang dijumpai di pulau itu.

Di penghujung cerita berjayakah Dr Qayyum mengembalikan keharmonian dalam keluarganya? Dapatkah mereka mencari jalan pulang meninggalkan pulau tersebut? Jangan lupa saksikan ‘Sesejuk Coconut Shake’ di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Vokal Lelaki Tiga Negara Bergabung di KONSERT 5 DIVO

Peraduan Menangi Retreat 2H1M Di Lost World Of Tambun