in ,

Peraduan Menangi Retreat 2H1M Di Lost World Of Tambun

Susulan daripada kejayaan Astro Bella Jom Kurus (ABJK) @ Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak (LWOT) pada Januari lalu, Astro Bella kembali menyahut seruan kempen Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia & Sukan dengan sekali lagi membawakan program ’on ground’ kesihatan dan kecergasan ini khas buat penonton setianya.

Inisiatif yang bertujuan menyebarkan kepentingan mengamalkan kehidupan yang sihat dan sejahtera ini menyasarkan pengurangan kadar obesiti di kalangan wanita sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan dalam mewujudkan komuniti yang peka akan isu-isu berkaitan kesihatan fizikal dan mental.

Untitled

ASTRO BELLA ANJUR PERADUAN ABJK

Untuk menyertai program ini, penonton hanya perlu menonton program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari bermula 21 hingga 30 Disember, pukul 9 malam di Astro Bella (saluran 133) & Mustika HD (saluran 134) dengan mengumpul kesemua 6 kata kunci dan emelkan jawapan kepada [email protected]

Program ABJK ini bakal dikendalikan seorang pakar kecergasan dan kesihatan popular yang bakal diketahui kelak serta mendapat sokongan padu daripada Sunway Lost World of Tambun, Perak sebagai penaja lokasi dan KTM-ETS sebagai penaja pengangkutan. Radio SINAR fm turut menyokong sebagai stesen radio rasmi program Jom Kurus ini.

Apa yang menarik, program ini turut diserikan dengan kehadiran bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan, pengacara H! Live seperti Dahlia Shazwan, Shenty Feliziana dan Nina Nadira serta penampilan penyampai radio SINAR fm, Feeya Iskandar.

Program ini terbuka kepada wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai BMI melebihi 25. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti ceramah motivasi dan bimbingan kecergasan, cabaran mini bootcamp, spa retreat, Lost World Zip Line, Lost World 13 High Rope Course dan penerokaan ke 6th Mile Tunnel (Terowong Batu 6).

Menangi Retreat 2 Hari 1 Malam Di Lost World Of Tambun

Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Program yang akan berlangsung selama dua hari ini diharapkan mampu memberikan motivasi dan mewujudkan kesedaran kepada golongan sasaran ini untuk mengamalkan kehidupan yang sihat seterusnya mengurangkan potensi untuk menghidap penyakit kronik yang berbahaya.

Bermula dengan sokongan yang diberikan kepada larian MAKNA Founder’s Night Run 2014, ‘Astro Bella Runs With Makna’ sempena Kempen Barah Payu Dara, ia diikuti pula dengan acara Astro Bella Malaysia Women Marathon 5KM Run 2015 sempena hari Wanita Sedunia, Astro Bella In The Spartan Race 2015 sempena Hari Sukan Negara dan penganjuran Astro Bella Pink Charity Ride 2015 sempena Barah Payu Dara yang berlangsung Oktober lalu. Dengan penganjuran aktiviti-aktiviti tersebut ia membuktikan Astro Bella sentiasa komited dan akan terus menyokong mempromosikan amalan kehidupan sihat dan sejahtera dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada golongan wanita seperti ini.”

Jangan ketinggalan mengikuti Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari dan rebutlah peluang memenangi program retreat selama 2 hari 1 malam di Lost World of Tambun, Perak beserta pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella dan menerusi radio SINAR fm. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama SESEJUK COCONUT SHAKE Lakonan Raja Farah & Wan Raja

Apabila Impian Bercuti Ke Bali Dapat Ditunaikan