in

SERINA RIDZUAWAN, ZACK KOOL DALAM DRAMA RODA-RODA KL

RODA-RODA KL : DRAMA BERSIRI TERBAHARU SKOP PRODUCTION SDN BHD, SETIAP SELASA, JAM 10.00 MALAM DI RTM2

Drama-drama yang diterbitkan Skop Production Sdn Bhd sememangnya tidak pernah menghampakan penonton terutama melibatkan drama bercorak kepolisian dan terbaharu menerusi Roda-Roda KL yang mengangkat usaha murni anggota polis trafik dalam menggalas tugasan seharian mereka.

Justeru RTM2 mengambil inisiatif menyiarkan Roda-Roda KL, setiap Selasa, jam 10.00 malam dengan mengetengahkan episod-episod berbeza antaranya menerusi tajuk Pelumba Malam, Taktik, Semangat Perwira, Integriti dan Liku-Liku Jalanan yang pastinya mampu memberikan kesedaran dan pengajaran berguna kepada penonton seperti isu lumba haram yang semakin berleluasa di kalangan remaja.

Roda-Roda KL dalam tajuk menarik Pelumba Malam mengisahkan Remy terkenal sebagai pelumba motosikal di sekitar Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Tauke Lim dan Zack. Pasukan Trafik mendapat maklumat tentang perlumbaan haram yang rancak diadakan hampir setiap minggu. Mereka giat mencari maklumat dan menjalankan operasi.

Sementara itu, Remy di cabar oleh Malik, pelumba yang memang di geruni satu masa dulu. Ramon cuba menasihati abangnya untuk tidak berlumba lagi tetapi tidak di endahkan oleh Remy.

Dalam pada itu Kopral Kamarul dan L/Kpl Rina ditugaskan membuat undercover bagi mengesan dalang perlumbaan haram lalu menyamar sebagai mat rempit untuk menumpaskan geng itu.

Manakala menerusi tajuk Taktik melibatkan kes geng perompak menggunakan taktik dengan melanggar belakang kereta mangsa kemudian menyamun dan melarikan kereta mangsa. Kejadian kerap terjadi kepada gadis-gadis yang memandu seorang diri, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Mangsa terbaru adalah seorang gadis yang di rompak di satu lokasi sunyi. Korpal Kamarul telah terserempak dengan mangsa di lokasi kejadian. Ekoran dari itu polis trafik Kuala Lumpur turut membantu cawangan jenayah bagi menjejaki suspek.

Dalam satu lagi tajuk menarik pula, Liku-Liku Jalanan memaparkan kisah tugas anggota trafik dianggap sekadar mengawal lalulintas, sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini termasuk karenah dan rungutan daripada orang awam dan juga ketika berurusan dengan golongan elit dan orang atasan.

Dalam satu insiden, Kpl Kamarul terpaksa menyaman pemandu Tan Sri Hashim, seorang tokoh politik yang terkenal kerana kesalahan lalulintas. Prinsip Tan Sri Hashim yang sanggup disaman walaupun dia seorang yang berpangkat membuat semua anggota pasukan trafik bangga dengan sikapnya itu.

Dalam pada itu, satu rompakan bank berlaku dan bantuan daripada pasukan trafik diperlukan. Mereka diminta mengawasi laluan utama dan jalan-jalan yang mungkin dilalui oleh suspek.

Roda-Roda KL menampilkan lakonan berkesan digalas oleh Serina Ridzuawan, Zack Kool, Suhaiza Suhaimi, Husain Hashim dan Aisyah Atan menerusi 13 episod siarannya.

773800053 443475Ed84 O | 4

Pastikan ada meluangkan masa menonton Roda-Roda KL dengan tajuk-tajuk menarik yang sekaligus dapat menyumbang pengajaran kepada penonton ini, setiap Selasa, jam 10.00 malam di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PERJALANAN KAMI BERSAMAMU TEMUI PENONTON TV3 DI AIDILFITRI

KATHY AZEAN, WAN SUHAIMI, KENCANA DEWI DALAM SERUNDING BAKUL ROTAN