in

Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai

CHENNAI: Filem Sepet, Kala malam Bulan Mengambang dan Cinta akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Chennai (CIFF) Keenam dari 17 hingga 26 Disember ini.

Setiausaha Agung CIFF, E. Thangaraj berkata, pihaknya yang memilih filemfilem berdasarkan kualiti untuk ditayangkan pada festival itu mendapati selain berkualiti, ketiga-tiga filem dari Malaysia itu cukup menghiburkan. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, ini merupakan kali pertama filem dari Malaysia ditayangkan dalam festival ini, bersama dengan 100 filem dari 30 negara di seluruh dunia.

Sepet, filem arahan Yasmin Ahmad yang diterbitkan pada 2004 berkisar kepada kisah percintaan seorang pelajar Melayu dengan penjual VCD dari kaum Cina, manakala filem Kala Malam Bulan Mengambang yang memenangi anugerah filem terbaik Malaysia tahun ini diarahkan oleh Mamat Khalid, dan filem Cinta pula diarahkan oleh Kabir Bhatia.

Selain itu filem-filem terkenal seperti The Song of the Sparrow dari Iran serta Filem Turki Three Monkeys yang memenangi beberapa anugerah pada Festival Filem Cannes baru-baru ini turut mewarnai festival tersebut tahun ini. Acara tahunan anjuran Indo Cine Appreciation Foundation itu disokong oleh kerajaan Tamil Nadu yang memperuntukkan RM250,000 bagi mempromosi acara tersebut. BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Show Afgan Lagu Sadis di Hotel Istana

Life Can’t Wait Terbitan Red Commnications