in

SEPARUH AKHIR RENTAK JUARA RHYTHM OF CHAMPION RTM1

GEGARAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR RENTAK JUARA ‘RHYTHM OF CHAMPION’ BERMULA.

Rentak Juara ‘Rhythm Of Champion’ atau ringkasnya RJROC adalah sebuah rancangan berbentuk pertandingan “band” (berkumpulan). Rancangan ini dilihat sebagai salah satu platform yang berterusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam meneruskan komitmennya di dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru dalam arena muzik tanah air.

Bermula 25 April ini, RJROC akan membuka tirai saingan peringkat Separuh Akhir yang mana bakal menyaksikan 14 buah kumpulan bakal mempertaruhkan bakat juga persembahan mereka yang berkualiti. Saingan peringkat Separuh Akhir meliputi dua peringkat iaitu Separuh Akhir 1 (25 April) dan Separuh Akhir 2 (1 Jun).

Antara kumpulan yang bertanding pada Separuh Akhir 1 adalah Karisma, Kapitan, Oldster, Cherish 2000, Carbolic Smokeballs, The Bombers dan Septik Tones. Manakala, Separuh Akhir 2 akan digegarkan oleh kumpulan Mistaken Identity, Season Jammerz, Bitz Jam, Aisunam, Bactrim, Malaysia On Line dan Poetical Kingdom.

Menariknya, malam separuh akhir RJROC akan mempertaruhkan bakat dua orang pengacara berbakat besar, Zed Zaidi dan Emilda Rosmila yang terkenal dengan kepetahan mereka berkata-kata. Kumpulan 6ixth Sense dan Butterfingers turut diundang bagi menyerikan lagi peringkat Separuh Akhir 1 dan Separuh Akhir 2. Buat peminat setia kedua-dua kumpulan ini jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kedua-dua kumpulan ini beraksi. 
 
Pastikan anda semua tidak melepaskan peluang menyaksikan tiga buah kumpulan yang akan terus layak ke peringkat Akhir RJROC menerusi pilihan barisan juri professional.

Sementara empat kumpulan yang gagal terpilih pada setiap peringkat Akhir pula akan diberi peluang sekali lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh para penonton RJROC. Enam kumpulan pilihan penonton menerusi SMS bakal bersaing sekali lagi dalam Separuh Akhir SMS yang akan berlangsung pada 8 Jun 2008 dan hanya dua kumpulan bakal dipilih juri professional ke peringkat Akhir. 
 
Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menyaksikan kehangatan malam Separuh Akhir RJROC menerusi saluran RTM1. Pastikan anda terus bersama RTM1, Saluran Inforia Anda.


2519968073 7472531Ae6 O | 3

Carbolic Smokeballs

2520791544 2469622033 O | 4

Oldster

2519974369 Cd2Ccce8Bb O | 5

Poetical Kingdom

2520791450 Dd8Eb8365C O | 6

Mistaken Identity

2520793318 B6Cd7379Af O | 7

Septic Tone

2519968223 Fd56882E49 | 8

Kapitan

[tags]gegaran, gempa bumi, mangsa, separuh akhir, rentak juara, rhythm, champion, band, rtm, Karisma, Kapitan, Oldster, Cherish 2000, Carbolic Smokeballs, The Bombers dan Septik Tones. Manakala, Separuh Akhir 2 akan digegarkan oleh kumpulan Mistaken Identity, Season Jammerz, Bitz Jam, Aisunam, Bactrim, Malaysia On Line, Poetical Kingdom, Zed Zaidi, Emilda Rosmila, 6ixth Sense, Butterfingers, final, RJROC[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Happening M. Night Shyamalan Movie

Gambar Sekitar Media Nite RTM 2008