in ,

Selebriti Wanita Ditahan Polis, Disyaki Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Siapakah selebriti wanita yang ditahan ini masih lagi menjadi tanda tanya

Seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, selebriti wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

“Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. 

“Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine,”

– Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman

Jelas beliau lagi, suspek juga diberi jaminan polis setelah selesai memberi keterangan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Seorang Selebriti Wanita Ditahan Polis Setelah Disyaki Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Tiga Bukti Zarina Anjoulie Ditahan Polis Kerana Ambil Dadah Yang Dibongkarkan Oleh Netizen

Semalam, tersebarnya berita mengenai penahanan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine. Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, identiti selebriti itu tidak didedahkan. Namun netizen berjaya membongkarkanya melalui beberapa informasi yang dikongsikan dalam siaran media tersebut.

Menerusi laman sembang hiburan forum di Cari.my, rata-rata netizen dapat meneka selebriti tersebut adalah pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie.

Berikut 3 perkara yang telah dirungkai oleh netizen yang membuktikan Zarina Anjoulie atau Anju ditahan polis

Berusia 34 Tahun

Menurut ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata artis itu berusia 34 tahun. Netizen mendedahkan bahawa di laman Wikipedia, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilahirkan 9 September 1987. Tahun ini dia berusia 34 tahun.

Seorang Selebriti Wanita Ditahan Polis Setelah Disyaki Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Restoran Milik Ibu Anju di Kampung Chalet Nilai

Dalam kejadian tersebut, pihak polis menahan artis wanita itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam. Rata-rata netizen mengetahui bahawa Anju sememangnya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan.

Ibu kepada Anju, Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini merupakan pemilik restoran sendiri di Kampung Chalet Nilai yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Lokasi ini menjadi tempat kegemaran Anju untuk buat siaran live di Instagramnya.

Sebelum ini, bekas suaminya Eilyas Azhar pernah  ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai susulan laporan polis dibuat oleh Anju berkenaan dengan kes ugutan.

Ruangan komen Di Instagram Telah Diserbu Netizen

Menguatkan lagi berita penahanan Anju, diruangan komen pada posting terakhir telah diserbu netizen dan mereka yakin bahawa Anju telah ditahan polis.

Di IG stories, Anju menasihat pengikutnya agar kekal tenang dan tidak bimbang. Malah dia berjanji akan menceritakan hal sebenar dalam masa terdekat.

Seorang Selebriti Wanita Ditahan Polis Setelah Disyaki Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh BH Online, suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Walaubagaimanapun, suspek diberi jaminan polis selepas diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Bendera Putih Kini Tular, Sekali Nik Abduh Bagi Cadangan Yang Lain

“Dia Sudah Akui Salahnya & Minta Maaf,” – Norhisham Mohon Jangan Kecam Jamal Abdillah