Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Sentuhan Klasik Rizman Ruzaini Bride of The Year 2019 Milik Fasha Sandha?

Mungkinkah Fasha Sandha Akan Menjadi Bride of The Year Tahun Ini Dengan Sentuhan Klasik Rizman Ruzaini?

Fasha Sandha

Beberapa minggu yang lepas, kita dihujani dengan bibit-bibit cinta Fasha Sandha dan Aidil Aiziz apabila mereka berkongsi gambar bertemakan pra-perkahwinan mereka, dan hari ni Fasha sekali lagi telah berkongsi satu gambar di Instagram beliau yang menampakkan perincian sebuah gaun perkahwinan yang sangat gah dan elegan di butik pereka yang terkenal, Rizman Ruzaini. 

HUAWEI P30 Mampu Mengambil Gambar Yang Jelas Dari Jauh

Seperti yang kita ketahui, nama Rizman Ruzaini sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Malah, nama dan koleksi gaun perkahwinan mereka sering menjadi pilihan selebriti tempatan.

Seperti yang kita dapat lihat dari gambar yang dikongsi Fasha Sandha, jahitannya sangat sempurna, rekaannya yang sangat kemas dan anggun, dilengkapi dengan sentuhan warna yang tepat bagi memberi sentuhan kesempurnaan buat bakal pengantin. Mungkinkah gaun ini yang akan digayakan Fasha Sandha di hari perkahwinannya nanti?

Raikan Cinta Dengan Keupayaan Teknologi Yang Canggih

Dengan gambar sebelum ini yang dikongsi oleh  Fasha dan Aidil yang dikatakan telah diambil dengan siri HUAWEI P30 yang akan datang, ini mengukuhkan lagi keupayaan zooming yang berevolusi tinggi yang boleh kita harapkan dari HUAWEI.

Dengan hanya berbaki 4 hari lagi dari pelancaran yang akan berlangsung pada 26 Mac di Paris, kami kini lebih dekat untuk mengesahkan inovasi mendalam yang akan dimasukkan ke dalam Siri HUAWEI P30.

Bertemakan ‘Rewrite the Rules’, acara ini pasti akan mendedahkan ciri-ciri yang lebih menarik dari telefon pintar HUAWEI yang paling dinantikan ini.  Sehingga kini, kita hanya perlu menghayati gambar eksklusif dari sesi fitting Fasha dengan Rizman Ruzaini yang menarik ini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version