in , , ,

Netizen Bengang SENIMAN Demand Dana Khas, Bantuan Wang RM3000 Untuk Artis

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila ada beberapa artis menyuarakan pendapat mereka bahawa golongan penggiat seni juga perlu mendapat bantuan khusus daripada kerajaan kerana ‘periuk nasi’ mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan itu, baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah menyenaraikan beberapa bantuan secara ‘one off’ yang ingin diminta daripada pihak kerajaan buat penggiat seni. Terbaru, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengemukakan beberapa cadangan bantuan yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan termasuklah bantuan khas untuk penggiat seni.

Menerusi cadangan itu, Seniman meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, bagi penggiat seni yang tiada KWSP dicadangkan untuk mendapat RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan.

Apakah bentuk bantuan one off kepada penggiat seni filem, drama dan muzik perlukan?

Dan bagaimana SENIMAN dapat mencadangkan bantuan yang bersesuaian melalui Kementerian komunikasi multimedia menerusi pakej rangsangan ekonomi 2.0 Covid-19?

1) Cadangan Projek Inisiatif – Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 Covid19 KKMM (Bantuan Kecemasan)- Cadangan Nama Bantuan : BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020)

2) Bantuan khas E-Tunai atau tunai RM500 hingga RM1000 menggunakan pembayaran pembayaran melalui elektronik fund transfer (EFT) Saraan (mengikut kriteria) semasa krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa Perintah Perkawalan Pergerakan (PKP)

3) “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.

4) Baucer keperluan diri dan rumah untuk anak seni, jaminan kerajaan melalui KPDHEP dengan kerjasama pasaraya seperti Tesco, Giant, NSK, Mydin, dan sebagainya.

5) Pemeriksaan Covid-19 kesihatan percuma untuk penggiat seni di hospital kerajaan atau swasta (yang memerlukan sahaja)

6) Dana khas persatuan-persatuan seni bagi kempen Covid-19 untuk membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

7) Sistem bantuan penggiat seni yang tidak mempunyai KWSP. Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.

Perkara itu ternyata mengejutkan netizen yang menyifatkan permintaan itu sangat tidak masuk akal. Malah ada yang mengatakan bantuan yang diminta seperti melebih-lebih mengalahkan mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Kata netizen lagi, apa pengorbanan dilakukan para artis sehingga perlu meminta bermacam dana khas, sedangkan pegawai perubatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.

Tidak kurang juga ada yang membandingkan artis Malaysia dengan artis luar negara yang tidak langsung meminta sebaliknya memberikan bantuan buat rakyat mereka yang lebih memerlukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Azar Azmi Putus Tunang Bekas Tunang Buka Mulut

Nasihat Datuk Rizalman di IG LIve ‘Makan Dalam’